karangan-kemalangan jalan raya
Di sepanjang lebuh raya Kuala Lumpur,banyakjalan raya yang begitu sesak. Oleh kerana itu,semua kenderaan perlu dipandu secara perlahan-lahan agar tidak berlakunya suatu kemalangan.
Tiba-tiba sebuah kereta berwarna biru yang dipandu dengan laju hendak memotong sebuah lori dalam keadaan agak berbahaya.
Aku terdengar bunyi entuman yang kuat. Rupa-rupanya kereta yang berwarna biru itu terbabas lalu terlanggar pada pembahagi jalan. Sebuah kereta turut terbalik dan remuk.
Pemandu yang memandu kereta biru tersebut cedera parah. Beberapa pemandu berhenti untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat. Ada yang menhubungi pihak polis dan ambulans dengan segera.
Tidak lama kemudian, polis dan ambulans pun tiba. Mangsa dihantar ke hospital. Ayah dan kami sekeluarga terpaksa meneruskan perjalanan ke kampung kerana datuk dan nenek menunggu kedatangan kami.Kami mengambil pengajaran supaya berhati-hati di jalan raya.