Malaysia Negara Maju

Malaysia sedang berada di ambang negara maju. Untuk tempoh lapan tahun dari sekarang, negara kita akan melalui satu fasa transformasi penting yang akan menentukan samada kita berjaya melangkah ke gerbang negara maju apabila fajar tahun 2020 menyinsing.

TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Dalam era transformasi ini, seluruh minda dan kudrat rakyat perlu digembleng untuk memacu kemajuan negara dalam persekitaran global yang lebih mencabar.

Pendidikan Yang Berkualiti dan Inovasi

Pelaksanaan empat inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi sektor pendidikan, yang bertujuan untuk memperluas akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan

Modal Insan Yang Berpengetahuan

guru inovasi yang mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara kritis, kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.

Terima Kasih Guru

Berkat sentuhan para gurulah, lahirnya insan-insan yang terdidik dengan ilmu dan adab, yang kini berada di setiap lapangan ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya untuk menggerakkan kemajuan bangsa dan nusa. Kejayaan negara kita beralih daripada sebuah negara berasaskan ekonomi pertanian kepada sebuah negara perindustrian baru yang pesat berkembang, sebahagian besarnya adalah kerana jasa dan bakti para guru.

Showing posts with label Hasil Dan Belanja. Show all posts
Showing posts with label Hasil Dan Belanja. Show all posts

Wednesday, June 6, 2012

(PA) tingkatan4-Bab2 Aset, Liability Dan Ekuiti Pemilik, Hasil Dan Belanja





Bab2:ASET, LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA
  • Perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh pelajar:
  • Perbezaan antara kelas-kelas akaun seperti aset, liabiliti, ekuiti pemilik
  • Perbezaan antara hasil dan belanja
  • Perbezaan antara setiap item perakaunan, penyata pendapatan dan Kunci kira-kira
  • persamaan perakaunan

Tuesday, June 5, 2012

Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja

Bab 2 ( Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja) 

1.Hasil 
Wang yang diterima atau yang akan diterima pada masa depan 


Hasil Kendalian Perniagaan.-hasil drp kegiatan UTAMA perniagaan.-Contoh: jualan barang niaga, perkhidmatan(doctor),sewa harta benda( kedai sewa kereta, pita video,sewa kanopi dll) 


Hasil Bukan Kendalian Perniagaan -hasil daripada perkara yang tidak berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan.-Contoh:faedah simpanan Bank, sewa diterima, dividen diterima,untung drp jualan aset bukan semasa.

2.Belanja 
Ialah kos perkhidmatan atau barang yang dibayar atau akan dibayar apabila menjalankan perniagaan dengan bertujuan untuk mendapatkan hasil bagi sesuatu perniagaan.


Belanja Kendalian perniagaan -belanja yang terlibat dalam pengendalian harian perniagaan seperti alat tulis, belanja am, gaji, iklan, sewa dibayar, dll.


Belanja bukan Kendalian perniagaan.- belanja yang tidak berkaitan dengan pengendalian harian yang biasa bagi perniagaan seperti faedah pinjaman, rugi atas  pelupusan aset, kerugian akibat kebakaran, kecurian, dll.


3.Aset 
Harta benda yang dimiliki oleh perniagaan dan mungkin mempunyai bentuk fizikal.( kenderaan, premis, perabot dll) atau yang tidak mempunyai bentuk fizikal seperti penghutang.


Aset Bukan semasa -ialah aset yang tahan lama yang digunakan untuk menjalankan  perniagaan dalam jangkamasa yang panjang. Contohnya: kenderaan, mesin dll) -Bukan untuk dijual semula dengan harapan mendapatkan keuntungan( bukan untuk keuntungan perniagaan) 


Aset Semasa -Aset yang boleh bertukar menjadi tunai dalam tempoh masa yang singkat biasanya setahun atau satu tempoh masa  perakaunan. Contoh: Bank, tunai ,stok, penghutang ,Belanja terdahulu, hasil Terakru dll.


4.Liabiliti 
Ialah hutang perniagaan yang perlu dijelaskan dengan wang,barang, atau perkhidmatan.


Liabiliti Bukan semasa -ialah hutang yang dibayar balik dalam satu jangka masa yang  panjang iaitu lebih daripada satu tempoh perakaunan.-Contoh: pinjaman, pinjaman bercagaran, gadai janji dan debenture.


Liabiliti Semasa.-ialah hutang yang dibayar balik dalam tempoh yang singkat ,iaitu kurang daripada satu tahun.-Contoh: Overdraf Bank, Belanja Terakru,Hasil terdahulu,Pemiutang dll.


5.Ekuiti Pemilik 
Ialah hutang perniagaan kepada pemilik perniagaan yang terdiri daripada modal yang dilaburkan oleh pemilik dan untung yang diperolehi daripada aktiviti perniagaan.

6.Penyata Pendapatan 
Ialah penyata kewangan yang meringkaskan kesan kegiatan  perniagaan. Sama ada kesan urusniaga tadi akan menunjukan keuntungan ataupun kerugian bagi sesuatu perniagaan. ( Hasil di  padankan dengan Belanja) 


Jika Hasil melebihi belanja maka keuntungan yang akan diperolehi. Manakala jika Belanja melebihi hasil maka kerugian yang akan dihadapi.Contoh penyata pendapatan tanpa pelarasan BENTUK T Syarikat Firdaus Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 RM RM RM Stok Awal 5000 Jualan 60000 Belian 18000 Tolak: Pulangan jualan 480 Tolak: Pulangan Belian 600 Kos barang utk dijual 17400 22400 Tolak : Stok Akhir 3500 Kos Jualan 18900 Untung Kasar 40620 59520 59520 Syarikat Firdaus Akaun Untung Rugi bagi tahun Berakhir 31 Disember 2009 RM RM Gaji 7000 Untung kasar 40620 Kadar Bayaran 2000 Diskaun diterima 300 Belanja Am 200 Komisen diterima 100 Sewa dibayar 2000 Insurans 220 Belanja pengangkutan 340 Belanja Pos 30 Untung bersih 29230 41020 41020 

Blog Yang Popular - Marilah Belajar

BAHASA MALAYSIA

BAHASA INGGERIS

SCIENCE

MATEMATIK

Kandungan E Learning Portal

kEMAHIRAN HIDUP

BAHASA CINA

PERDAGANGAN

Labels

BIOLOGI

FIZIK

KIMIA

SELAMAT BELAJAR

Kitaro Music