Friday, May 25, 2012

(BM)Contoh Karangan -Kepentingan Komputer



Kepentingan Komputer

KEPENTINGAN KOMPUTER MASA KINI

Semakin hari, Cabaran teknologi maklumat memerlukan manusia yang bersedia dan berpelajaran untuk berhadapan dengan kemajuan yang pesat dan berterusan. Oleh itu, penggunaan komputer di kalangan rakyat Negara Brunei Darussalam termasuklah kanak¬kanak, remaja, golongan dewasa, dan golongan tua amat penting. Komputer merupakan alat elektronik yang dapat menyimpan maklumat, menganalisis maklumat, dan mengeluarkannya apabila diperlukan.
Komputer digunakan sebagai alat pembelajaran kepada kanak-kanak kerana mereka dapat melakukan tugasan pembelajaran dengan cepat dan mudah. Kanak¬kanak perlu mahir menggunakan komputer sejak kecil lagi agar mereka dapat membudayakan ilmu teknologi maklumat dalam kehidupan mereka. Kempen kerajaan 'Satu Rumah, Satu Komputer' memberikan peluang kepada kanak-kanak menggunakan komputer di rumah untuk memudahkan pembelajaran mereka.
Penggunaan komputer sebagai sumber rujukan oleh kanak-kanak ataupun murid sekolah amat penting untuk membantu mereka mencari maklumat yang berkaitan dengan ilmu pendidikan. Di samping itu, kanak-kanak dapat melayari internet untuk memperoleh bahan-bahan rujukan bagi menyelesaikan tugasan pelajaran yang diberikan oleh guru. Hal ini menyebabkan mereka dapat menjimatkan masa pembelajaran mereka lantaran adanya kemudahan sumber maklumat daripada komputer.
Kanak-kanak juga dapat mengisi masa lapang mereka dengan bermain permainan komputer sambil berhibur. Malahan mereka dapat melukis gambar dengan menggunakan komputer sekali gus meningkatkan minat kanak-kanak terhadap perisian komputer. Namun, ibu bapa perlu memantau anak-anak mereka semasa menggunakan komputer khususnya semasa penggunaan internet agar mereka tidak menyalahgunakan kemudahan tersebut.
Kesimpulannya, kini penggunaan komputer amat penting kerana penggunaan komputer dapat membantu manusia dalam menguruskan maklumat secara tepat, dan mudah. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan ilmu teknologi maklumat agar mereka menjadi generasi yang celik komputer.




ILMU PENGETAHUAN ITU LEBIH BERGUNA DARIPADA KEKAYAAN

Kata para bijak pandai, ilmu pengetahuan adalah harta yang tinggi nilainya, boleh dibawa ke sana ke mari dengan mudahnya, tidak perlu dijaga seperti menjaga harta, mudah disimpan di dalam otak dan tidak boleh dicuri orang. Ia mudah digunakan bila diperlukan.
Katakanlah ada seorang hartawan yang kaya raya. Beliau memiliki beberapa buah bangunan yang besar-besar. Beliau menghantar semua anak-anaknya belajar untuk mendapat ilmu pengetahuan. Apabila anak-anaknya tamat dalam pengajian mereka dengan jayanya dan beroleh ilmu pengetahuan mereka ini dapat menambah harta keluarganya.
Sebaliknya jika hartawan ini tidak membekalkan anak-anaknya dengan ilmu pengetahuan, anak-anaknya tidak akan dapat menambahkan harta kekayaan keluarganya. Mereka hanya pandai menghabiskan harta itu. Apabila hartaitu sudah habis mereka tidak pandai mencari harta yang baharu sebab mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Jelaslah bahawa ilmu pengetahuan lebih penting daripada hari kekayaan.
Bila kita pergi ke satu tempat dengan berbekalkan ilmu pengetahuan hidup kita akan selamat. Orang akan memerlukan kita jika ilmu kita itu diperlukan orang. Kita tidak mudah ditipu orang. Selain daripada itu kit a boleh menjadi terkenal dan dihormati sekiranya kita memiliki ilmu yang tinggi. Berlainan dengan harta. Kalau kita bawa ke satu tempat banyak masalah dan kesusahan yang akan kita tempuhi. Kita sentiasa .takut atau bimbang harta itu akan dicuri orang.
Dengan ilmu pengetahuan, kita boleh mencorakkan dan mengerakkan masyarakat ke arah kemajuan. Maju masyarakat majulah negara. Berlainan dengan harta. Harta hanya dapat dinikmati dalam jangka masa yang singkat sahaja jika si pemiliknya tidak mempunyai pengetahuan. Sedangkan ilmu pengetahuan dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang. Kerana itu saya memilih ilmu pengetahuan lebih utama daripada harta kekayaan.

Blog Yang Popular - Marilah Belajar

BAHASA MALAYSIA

BAHASA INGGERIS

SCIENCE

MATEMATIK

Kandungan E Learning Portal

kEMAHIRAN HIDUP

BAHASA CINA

PERDAGANGAN

Labels

BIOLOGI

FIZIK

KIMIA

SELAMAT BELAJAR

Kitaro Music