Malaysia Negara Maju

Malaysia sedang berada di ambang negara maju. Untuk tempoh lapan tahun dari sekarang, negara kita akan melalui satu fasa transformasi penting yang akan menentukan samada kita berjaya melangkah ke gerbang negara maju apabila fajar tahun 2020 menyinsing.

TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Dalam era transformasi ini, seluruh minda dan kudrat rakyat perlu digembleng untuk memacu kemajuan negara dalam persekitaran global yang lebih mencabar.

Pendidikan Yang Berkualiti dan Inovasi

Pelaksanaan empat inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi sektor pendidikan, yang bertujuan untuk memperluas akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan

Modal Insan Yang Berpengetahuan

guru inovasi yang mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara kritis, kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.

Terima Kasih Guru

Berkat sentuhan para gurulah, lahirnya insan-insan yang terdidik dengan ilmu dan adab, yang kini berada di setiap lapangan ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya untuk menggerakkan kemajuan bangsa dan nusa. Kejayaan negara kita beralih daripada sebuah negara berasaskan ekonomi pertanian kepada sebuah negara perindustrian baru yang pesat berkembang, sebahagian besarnya adalah kerana jasa dan bakti para guru.

Showing posts with label (SJ) tingkatan 3. Show all posts
Showing posts with label (SJ) tingkatan 3. Show all posts

Sunday, May 27, 2012

sejarah tingkatan 3,bab 4


      BAB 4
                 
                  KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH
                  KEMERDEKAAN.
                     Ke arah Perpaduan Kaum
1. 1949  :  CLC (Community Liaison Committee ) atau Jawatankuasa
     Hubungan Antara Kaum ditubuhkan dengan tujuan mencapai perpaduan
     Dan kerjasama antara kaum sebagai satu daripada syarat untuk mencapai
     Kemerdekaan Tanah Melayu.
2.  Perpaduan, kerjasama, kestabilan politik dan hidup harmoni akan
       Mendorong British untuk terus melabur dalam ekonomi Tanah Melayu.
3.  CLC dipengerusikan oleh Dato’ E.E.C. Thuraisingham manakala Sir
      Malcolm MacDonald sebagai penasihat, AJK terdiri daripada Dato’ Onn
       Jaafar (wakil UMNO), Tun Tan Cheng Lock (wakil MCA), seorang
       Wakil kaum India, Ceylon, Serani dan Eropah.
4.   Kompromi CLC – UMNO membawa kepada beberapa persetujuan
       Dalam perkara-perkara berikut :-
4.1. Kelonggaran syarat kerakyatan persekutuan,
4.2. Bantuan ekonomi dan pelajaran kepada orang Melayu,
4.3. Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai, di peringkat
Majlis Bandaran, Negeri dan Perundangan Persekutuan,
4.4. Pembentukan satu sistem pendidikan yang mewajibkan
Penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai
Bahasa Pengantar.
                     Usaha Parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum
1. Feb. 1954  :  Diadakan konferensi Nasional antara MB, pihak British
Dan Parti Negara bagi membentuk kerjasama politik. 2. Ogos 1954  :  Diadakan Konvensi Nasional antara UMNO – PAS.
               
3. Konferensi dan konvensi nasional ini menjadi medan perbincangan
Antara parti-parti politik dengan tujuan merealisasikan perpaduan
Kaum bagi mengadakan pilihan raya ke arah kemerdekaan Tanah
Melayu.
4. Catat carta ms :  124.
                         Pendidikan Alat Perpaduan
1. Sebelum merdeka, terdapat lima jenis sekolah di Tanah Melayu :-
1.1. Sekolah Agama Islam,
1.2. Sekolah vernakular Melayu,
1.3. Sekolah vernakular Cina,
1.4. Sekolah vernakular Tamil dan
1.5. Sekolah aliran Inggeris.
2. Perbezaan sistem persekolahan menimbulkan perbezaan politik,
Ekonomi, sosial yang menjadi penghalang kepada  perpaduan kaum.
3. Beberapa laporan pelajaran dikeluarkan bagi merapatkan perbezaan
Pendidikan untuk membentuk perpaduan kaum.
4. Sistem pendidikan kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang
Belajar menerusi sistem pendidikan yang sama.
5. Catat Pustaka Ilmu ms :  126, 127& 128.
6. Catat carta ms  :  129.
                         Kerjasama Kaum Ke arah Berkerajaan Sendiri.
                      Sistem Ahli.
1. Ideanya dicetuskan oleh Dato’ Onn Jaafar dan disokong oleh
Pihak British dan Raja-raja Melayu. 2. Tujuannya untuk melatih orang Melayu dan kaum-kaum lain dalam
                                                                     
3. Dilaksanakan mulai April 1951 hingga Jun 1955.
4. Catat carta ms  :  131.
                    Kelonggaran Syarat Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu.
1. Tujuan melonggarkan syarat kerakyatan ialah :-
1.1. Supaya golongan imigran taat setia kepada Persekutuan
Tanah Melayu;
1.2. Untuk mengelakkan golongsn imigran daripada terpengaruh
Dengan PKM.
2. Pihak British menubuhkan RIDA (Rural Industrial Development
Aothority atau Lembaga Pembangunan Industri Desa) dengan
Tujuan :-
2.1. Membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu;
2.2. Memujuk orang Melayu agar setuju dengan kelonggaran
Syarat kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dan
Kerakyatan Negeri 1951.
                         3.      1966 :  RIDA ditukarkan namanya menjadi MARA.
           4.     Catat ms  :  133.
 
   
Pembentukan Parti Perikatan
Catat carta ms  :  135
Antara tokoh penting yang terlibat dalam pembentukan Parti Perikatan
Ialah Dato’ Hj. Noah, Tun Tan Cheng Lock, Tunku Abdul Rahman dan
Tun Abdul Razak.
Pembentukan Parti Perikatan telah berjaya mewujudkan kerjasama dan
Perpaduan kaum.      
                                     
Pilihanraya Majlis Bandaran
                         Dis. 1951  :  Pilihanraya pertama Majlis Bandaran diadakan di-
                         George Town, Pulau Pinang bagi memilih Ahli Majlis Perbandaran
                         George Town.
1. Parti Radikal (dianggotai pelbagai kaum) menang enam daripada
        sembilan kerusi.
2. Feb. 1952  :  Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur diadakan.
3. Kerjasama antara UMNO ( Dato’ Yahya Razak ) dengan MCA
(H.S. Lee) menghasilkan kemenangan UMNO – MCA sebanyak
sembilan daripada 12 kerusi.
4. Kerjasama antara UMNO – MCA diteruskan dalam pilihanraya
Seterusnya hingga menghasilkan kemenangan 26 kerusi daripada
37 kerusi yang dipertandingkan.
5. Keberkesanan kerjasama UMNO – MCA dalam Pilihanraya
Bandaran mendorong kepada penubuhan Parti Perikatan pada 1954.
                          Pilihanraya Negeri
Pilihanraya Negeri pada 1954 menyaksikan kemenangan besar
                          UMNO – MCA apabila pakatan UMNO-MCA memenangi 226
                          Daripada 268 kerusi yang dipertandingkan.
                          Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan
1. 1954  :  Pentadbiran British di Tanah Melayu menubuhkan Jawatan
kuasa Pilihanraya dengan ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai
kanan British dan wakil parti-parti politik.
2. Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan memperuntukkan 100 Kerusi dengan 52 kerusi dipertandingkan manakala 48 kerusi
dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
3. 27 Julai 1955  :  dilangsungkan pilihanraya Majlis Perundangan
                                               24
         Persekutuan, Tanah Melayu.
4. !5 Julai 1955  :  Kempen pilihanraya dimulakan dan Parti Perikatan
mengemukakan manifesto seperti berikut :-
4.1. Mencapai kemerdekaan dalam tempoh empat tahun;
4.2. Mewajibkan pendidikan rendah;
4.3. Melindungi hak Raja-raja Melayu sebagai Raja
Berpelembagaan;
4.4. Menamatkan darurat;
4.5. Menjadikan pentadbiran awam bercorak tempatan.
5. Hak mengundi diberikan kepada semua warganegara berumur 21  
Tahun ke atas.
6. Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang di-
Pertandingkan.
7. Asas kemenangan Parti Perikatan ialah kerjasama antara kaum
Dan kesediaan untuk berkongsi kuasa serta permuafakatan dalam
Mentadbir Negara.
Rumusan  
                                  Kerjasama, perpaduan dan permuafakatan antara parti-parti politik
Dengan rakyat pelbagai kaum menjadi asas kepada usaha untuk
                                  Mencapai kemerdekaan dan membangunkan Negara.  Perkongsian
                                  Kuasa menjadi ramuan penting ke  arah  kemajuan Negara.

sejarah tingkatan 3,bab 3


BAB 3
ANCAMAN PKM DAN DARURAT DI TANAH MELAYU
Pengenalan
1. PKM berusaha menubuhkan Republik Komunis Malaya.
2. Kerjasama dan sokongan rakyat membawa kepada kejayaan kerajaan
Menghapuskan ancaman komunis.
             Penyusupan Komunis
1. Parti Kuomintang ( KMT ) dan Parti Komunis Nanyang menyebarkan
Dakyah komunis kepada orang Cina melalui Kesatuan Sekerja, persatuanpersatuan, kelas malam,dan penerbitan.
2. 1924-1930  :  Parti Komunis Indonesia ( PKI ) menyebarkan fahaman
komunis kepada orang Melayu tetapi tiada sambutan kerana bertentangan
dengan agama Islam dan adat resam Melayu :  komunis tidak percayakan
agama ( atheis ) , menggunakan kekerasan serta kezaliman.
              Penubuhan PKM
1. Ditubuhkan pada 1930 dengan matlamat untuk menubuhkan RKM.
2. 1935  :  Kegiatan PKM semakin agresif dengan melancarkan mogok
dan sabotaj bagi melumpuhkan ekonomi.
3. Mogok terbesar dilancarkan di lombong arang batu di Batu Arang,
Selangordengan 6000 pekerja terlibat dan mereka menguasai lombong
Tersebut: -   300 anggota polis berjaya menamatkan mogok, pemimpin
Kesatuan dihantar balik ke Cina dan ramai pemimpin PKM ditahan. 4. Pada zaman Jepun, PKM bekerjasama dengan British menentang Jepun
Dengan menubuhkan MPAJA.:-
4.1. Anggota MPAJA diberi latihan di Sekolah Latihan Khas 101
Di Singapura.
                                 
4.2. Dilatih taktik “perang gerila”.
4.3.     Dibekalkan dengan alat senjata  -  tamat perang Jepun,
           sebahagian kecil sahaja senjata dipulangkan kepada British.
              Keganasan Komunis            
1.      1948   :    wakil PKM hadir Persidangan Pemuda Komunis  Asia di-
          Calcutta, India : menggalakkan Parti Komunis melancarkan      
          Pemberontakan bersenjata bagi merampas kuasa bagi menubuhkan
          Republik Komunis Malaya – untuk mencapai hasrat itu, PKM
          Telah menubuhkan satu unit gerila dinamakan MRLA.
3. MRLA menyerang ladang dan  lombong milik syarikat Eropah,
Menyerang balai polis, membakar kilang, bas, merosakkan landasan kereta
Api dan membunuh.
             
              USAHA BRITISH MENGHAPUSKAN ANCAMAN PKM
              Perisytiharan Darurat
1.     Jun 1948   :   Sir Edward Gent (Pesuruhjaya Tinggi British)
        mengisytiharkan Undang-undang Darurat 1948 setelah tiga orang
        pengurus ladang berbangsa Eropah dibunuh oleh pengganas komunis
        di Sungai Siput, Perak.
  2.     Undang-undang Darurat 1948 membenarkan kerajaan menahan
        sesiapa yang disyaki  terlibat dengan komunis, pasukan keselamatan
        boleh menggeledah rumah, pindahkan penduduk ke penempatan baru,
        pagar kampung yang penduduknya disyaki membantu komunis
.              Pengharaman PKM dan Parti-parti Lain
             1.      23 Julai 1948  :   PKM diharamkan.
  2.      Parti-parti lain berhaluan kiri yang memperjuangkan kemerdekaan
Tanah Melayu seperti AWAS, PETA, PERAM,PKMM dan Hizbul
Muslimin (catat ms : 91 ).
                                                           
             Memperbesar Pasukan Keselamatan
1. Bilangan anggota polis ditambah hingga 70,000 anggota.
2. Tentera dari Negara Komanwel seperti Australia, New Zealand,Afrika
Timur,dan Fiji dibawa masuk ke Tanah Melayu.
3. Home Guard ditubuhkan pada peringkat kampung bagi membantu polis
Dan tentera.
4. Anggotanya terdiri daripada lelaki dan wanita.
5. SC (Special Constable’s) atau mata-mata khas seramai 24,000 anggota
Dilatih dan dihantar bagi mengawal ladang serta lombong yang terpencil.
             Rancangan BRIGGS
1. 1950 :  Rancangan Brigg’s dilancarkan oleh Sir Henry Gurney.
2. Lef. Jeneral Sir Harold Rowdon Brigg dilantik sebagai Pengarah Operasi.
3. Rancangan ini melibatkan penempatan semula penduduk yang tinggal
Di kawasan terpencil ke penempatan baru yang digelar “Kampung Baru”.
4. Kampung Baru dipagar dan dikawal bagi memutuskan bekalan makanan,
Wang, maklumat dan ubatan daripada jatuh ke tangan komunis (Min Yuen).
5. 400,000 penduduk setinggan Cina dari seluruh Tanah Melayu dipindahkan
ke 400 lokasi kampung baru. 6. Kampung Baru dilengkapkan dengan tempat tinggal, sekolah, klinik,
Bekalan letrik,air paip dan lain-lain kemudahan.
7. Setiap keluarga di kampung baru diberi kad catuan makanan, pergerakan
Keluar masuk penduduk diselia.
8. “Gerakan Kelaparan” dilancarkan bagi memastikan komunis tidak
mendapat bekalan makanan, senjata, maklumat dan ubatan.
                                 
                                                         
9. Brigg juga menyokong penubuhan MCA bagi membantu penduduk Cina
Di kampung baru melalui jualan “Loteri Kebajikan Masyarakat”.
10. Sekatan jalanraya diadakan.
11. Setiap penduduk 12 tahun ke atas, didaftarkan dan diberi kad pengenalan
Bagi membezakan rakyat biasa dengan komunis.
12. Rancangan Brigg’s berjaya melumpuhkan rangkaian PKM kerana tiada
Sokongan rakyat dan mereka kemudiannya berundur ke Selatan Thailand.
             Perang Saraf  (Perang Psikologi)
 
1. Kempen “Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat” dilancarkan bagi
Memujuk rakyat berbilang kaum agar bersatu padu dan menghapuskan
Perasaan perkauman.
2. 1952  :  Sir Gerald Templer dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British
di Tanah Melayu dan beliau melancarkan kempen “Bulan Penduduk
Tanah Melayu Menentang Komunis”.
3. Kempen-kempen yang dijalankan berjaya menimbulkan kebencian rakyat
Terhadap kekejaman komunis dengan menawarkan diri menjadi polis dan
Tentera.
             4.      Beliau juga memperkenalkan konsep “Kawasan Hitam “ iaitu kawasan                  
                      kegiatan komunis aktif dan dikenakan perintah berkurung serta “Kawasan
                      Putih” iaitu kawasan bebas pengaruh komunis   :   kesannya pada 1954,                       Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan diisytiharkan
                      Kawasan putih.
            5.      1952  :  Templer melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi mendapatkan
sokongan orang Cina dan India untuk menentang komunis :  akibatnya
1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India diterima menjadi
warganegara.
6. Templer juga menawarkan hadiah $250,000.00 kepada yang berjaya
Menangkap Chin Peng sama ada hidup atau mati da $200,000.00 kepada
Yang berjaya menangkap atau membunuh orang kanannya.
                                                             18
7. Peraturan catuan bekalan makanan diperkenalkan supaya bekalan
Makanan tidak sampai kepada komunis.
8. Kerajaan juga menawarkan pengampunan kepada komunis yang menyerah
Diri dengan mengedarkan risalah, poster, siaran radiodan iklan melalui
Wayang gambar.
              Pertemuan Baling
1. 27 Julai 1955 :  Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan diadakan
dengan dimenangi oleh Parti Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman.
2. 28 & 29 Disember 1955 :  diadakan pertemuan antara Tunku Abdul Rahman
dengan Chin Peng (Setiausaha Agung PKM) di Baling, Kedah tetapi gagal
kerana Tunku Abdul Rahman enggan mengiktiraf PKM sebagai parti politik
yang sah.
3. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaanpada 31 Ogos 1957,
Pengaruh komunis semakin merosot dan dengan itu pada 31 Julai 1960
Undang-undang Darurat ditamatkan.               Kesan Darurat
                                       
Politik      
                                                                                                               
1. Darurat menjadi seperti pemangkin kepada kemerdekaan Tanah Melayu
Kerana rakyat tidak lagi menyokong atau bekerjasama dengan komunis.
2. Penubuhan MCA untuk bergerak cergas dalam politik Tanah Melayu
Menyebabkan lebih ramai orang Cina memberi kerjasama kepada
Kerajaan bagi membantu menghapuskan pengaruh komunis.
                                                 
Ekonomi
1. Sebahagian besar sumber ekonomi negara musnah seperti jalanraya,
Jambatan, landasan keretapi, kilang-kilang, ladang getah, lombong
Bijih timah, ancaman terhadap pekerja oleh sabotaj komunis.
2. Dalam tempoh 12 tahun, kerajaan membelanjakan $ 721.9 juta bagi
Membeli peralatan tentera untuk mengukuhkan sistem pertahanan.
3. Tumpuan kepada perkembangan ekonomi terabai kerana fokus kerajaan
Ialah untuk menjaga keselamatan rakyat daripada ancaman komunis.
   
                   Sosial
1. Keganasan PKM selama 12 tahun membawa kesengsaraan kepada
Rakyat, seramai 21,231 tentera, polis dan orang awam yang terbunuh,
Cedera manakala seramai 6133 komunis terbunuh.
2. Pergerakan penduduk terhad kerana ada pelbagai undang-undang
Dan peraturan dikenakan semasa darurat, kehidupan begitu sukar.
3. Catuan bekalan makanan menyebabkan rakyat bergantung  kepada ubi
Kayu dan keledek.
4. Jawatan Kuasa Hubungan Antara Kaum dibentuk bagi menjalin
Hubungan perpaduan antara kaum.
5. Dasar Pelajaran Kebangsaan digubal dengan sukatan pelajaran  Berorintasikan Tanah Melayu, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar
Yang sama bagi semua sekolah dengan matlamat memupuk perasaan
Cintakan negara dan perpaduan rakyat.
                   RUMUSAN
Darurat membawa kesengsaraan,  kerjasama antara rakyat dengan kerajaan
                   Berjaya menghapuskan ancaman komunis. Toleransi, tolak ansur, saling
Memahami dapat membentuk perpaduan yang sangat penting ke arah hidup
Yang harmoni bagi kemajuan negara.

sejarah tinkatan 3,bab 2


PENUBUHAN UMNO 1946

Dalam mengkaji tajuk di atas, pelajar harus meneliti aspek-aspek berikut:
1.    Peristiwa yang membawa kepada penubuhan UMNO.
2.    Peranan tokoh-tokoh dalam jawatankuasa yang menggubal perlembangaan UMNO.
3.    Usaha-usaha UMNO dalam penyatuan orang Melayu.
4.    Mentafsir lambang-lambang dan bendera UMNO.

Pendahuluan:
1.    UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946, hasil keputusan Kongres Melayu 1946, bertempat di Istana Besar, Johor Bahru.
2.    Penubuhannya disokong oleh 29 buah persatuan.
3.    Presiden pertamnya ialah Dato’ Onn bin Jaafar.

Tujuan Penubuhan
1.   Berubah mengikut masa dan keperluan parti.
Tujuan 1946
a.   menentang Malayan Union
b.   Menyatukan orang Melayu
c.   Mengadakan satu organisasi nasional
Tujuan 1949
a.   Menjadi sebuah parti politik (siasah)
b.   mendirikan kerajaan yang merdeka
c.   memajukan negara dalam perkara siasah, kebajikan hidup, kebudayaan dan  ikhtisasorang Melayu.

2.   Secara umumnya tujuan penubuhan UMNO ialah:
a.   Menjaga kepentingan politik dan ketuanan Melayu.
b.   menjana pembangunan ekonomi dan sosial orang Melayu.
c.   menjaga kedaulatan negara.

Perjuangan Tokoh-Tokoh UMNO
1.   Tokoh-tokoh ini terlibat secara langsung dalam penggubalan perlembagaan UMNO
a
Dato’ Onn bin Jaafar
b
Dato’ Panglima Bukit Gantang
c
Dato’ Nik Ahmed Kamil
d
Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)

 Perjuangan dan Perkembangan UMNO
1.   Perjuangan UMNO
a.    Menyatupadukan orang Melayu
b.    Menumbangkan Malayan Union
c.     Menghapuskan sifat kenegerian dan kedaerahan orang-orang Melayu
d.    Mewujudkan sebuah parti politik bersifat kebangsaan
e.    Memperjuangkan ketuanan Melayu
f.     Memajukan pendidikan orang Melayu
g.    Mengusahakan kemajuan ekonomi dan kebajikan orang Melayu

2.   Piagam UMNO 1946
a.   Sebagai alat perpaduan untuk UMNO beroperasi
b.   merupakan perlembagaan UMNO pertama
c.   pada 24.4.1948, UMNO menjadi parti politik.
d.   Perlembagaan UMNO pertama diluluskan pada tahun 1949.

3.   Logo UMNO
a.   Mengandungi beberapa perkataan dalam tulisan jawi  (pa, kap, mim, ba, ra) atau PEKEMBAR


4.   Slogan UMNO
a.   ‘HIDUP MELAYU’ --> bertujuan menyatukan ahli-ahli UMNO
(orang Melayu disaran memelihara semangat, maruah serta kesopanan bangsa, supaya tanah air dan bangsa terselamat dan kuat bagi menolak keaiban yang boleh menyebabkan kebinasaan dan kehapusan bangsa)
b.   Pada Mac 1950 slogan UMNO bertukar kepada ‘MERDEKA’ (Cadangan Syeikh Gharied Raub – pemuda UMNO Batu Pahat)

5.   Bendera UMNO
a.   pemilihan bendera UMNO diputuskan dalam persidangan UMNO di Ipoh, Perak
b.   Cadangan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur.
c.   Dikibarkan pertama kali di Mesyuarat Agong UMNO ke tiga di Pulau Pinang pada 27 Julai 1947.
c.   Bendera UMNO merupakan lambang perpaduan ahli-ahli yang berindentitikan keberanian, kesucian dan warisan bangsa.

 d.   Mempunyai 4 warna:
i.      Merah  -->  keberanian
ii.     Putih  -->  kesucian dan keikhlasan
iii.    Kuning  -->  lambang diraja
iv.    Hijau  -->  lambang agama Islam
e.   Keris melambangkan tamadun Melayu.
f.    kesemua lambang-lambang yang terdapat pada bendera UMNO mewakili kepentingan orang Melayu.
g.   Dasar Perjuangan UMNO
i.    menegakkan kedaulatan Raja-raja Melayu
ii.   menjaga kesucian agama Islam

Kesimpulan
1.   Penubuhan UMNO membawa perpaduan orang Melayu.
2.   Cerdik pandai orang Melayu dalam memimpin, membolehkan UMNO bergerak secara sistematik dan mengikut lunas-lunas perlembagaan.
3.   UMNO muncul sebagai sebuah parti politik yan penting, dan berjaya melahirkan identiti yang jelas dalam kalangan orang Melayu.

Sejarah Tinkatan tiga,Bab 1


BAB 1 : PENDUDUKAN JEPUN

1.    Pemerintahan Tentera Jepun

  1. Kedatangan Jepun Ke Tanah Melayu

a.    Jepun menjadi kuasa imperialis pada zaman Maharaja Meiji (1868 – 1912)
b.    Pemerintahannya bercorak ketenteraan dengan mengutamakan pemodenan dan perindustrian
c.     Kemenangan ke atas Rusia (1905) menjadikannya sebuah kuasa besar.
d.    Jepun ingin meluaskan kuasa kerana:
i.              Kekurangan tanah pertanian
ii.     Keperluan bahan mentah untuk industrinya
iii.    Meluaskan pasaran barangan kilangnya
iv.    Sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat
e.    Jeneral Tojo memulakan serangan ke Asia Tenggara selepas kemenangan Perang China-Jepun (1940)
f.     Jepun menggunakan slogan untuk mempengaruhi penduduk tempatan
i.              Asia Untuk Orang Asia
ii.             Semangat Asia
iii.    Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya
g.    Serangan Jepun ke Tanah Melayu bermula di Pantai Sabak, Kota Bahru (8 Dis), Jitra (26 Dis), Alor Star (13 Dis), Ipoh (26 Dis), Slim River (7 Jan), Kuala Lumpur (11 Jan), Batu Pahat (21 Jan), Johor Bahru (31 Jan) dan Singapura (15 Feb).
h.    British menyerah kalah secara rasmi di Singapura, apabila Leftenan Jeneral A.E. Percival menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki.
i.      Di Sabah dan Sarawak, serangan Jepun bermula di Miri dari Teluk Cam Ranh, Vietnam seterusnya mara ke Kucing dan Sibu.
j.     Tentera Jepun mara dengan menggunakan kapal terbang perang, kereta kebal pengempur, kapal perang, bot dan basikal.
k.    Serangan Jepun menyebabkan kemusnahan harta benda, insfrastruktur awam, sumber ekonomi dan dokumen kerajaan kerana tentera British mengamalkan taktik ‘bumi hangus’.
l.     Kemaraan tentera Jepun gagal disekat oleh tentera bantuan dari India, Australia dan British.


  1. FaKtor Kejayaan Jepun

  1. Penggunaan kapal terbang pejuang dan kereta kebal yang moden dan sesuai dengan muka bumi Tanah Melayu
  2. Thaioland member laluan kepada tentera Jepun untuk menyerang Tanah Melayu.  Sebagai balasan, Kelantan, Terangganu, Kedah dan Perlis diserahkan kepada Thailand.
  3. Seranganmengejut ke atas, Pearl Harbour, Hawaii, Pengkalan tentera Amerika Syarikat.
  4. Serangan dari arah utara kerana pengkalan tentera British di Singapura
  5. Peranan KMM (Kesatuan Melayu Muda) membantu menyebarkan propaganda, memberi maklumat perisikan dan menjadi penunjuk arah tentera Jepun.
  6. Semangat juang tentera Jepun yang sanggup mati demi kemegahan dan ketaatan kepada Maharaja Jepun.
  7. Pengalaman berperang di dalam hutan semasa Perang China-Jepun.
  8. Tentera Jepun Berjaya memenangi hati penduduk tempatan dengan slogan “Asia Untuk Orang Asia”
  9. Aktiviti perisikan yang berkesan oleh tentera Jepun
  10. Tentera British kurang pengalaman berperang, latihan dan alatan.
  11. Askar India telah belot dan bersikap anti-British
  12. British hanya menumpukan pertahanan di Singapura.

  1. Dasar Pemerintahan Jepun

  1. Pemerintahan Jepun bercorak ketenteraan.
  2. Pentadbiran di Tanah Melayu dan Singapura diasingkan.
i.      Tanah Melayu – Malai Baru (Melayu Baru)
ii.     Singapura - Syonan
  1. Pentadbiran terbahagi kepada pentadbiran pusat dan wilayah.  Singapura menjadi pusat pentadbiran.  Pentadbiran dikuasai oleh Pengarah Agung manakala wilayah atau negeri-negeri diketuai oleh Gabenor Wilayah.
  2. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada kerajaan Thailand kerana member laluan dan bekerjasama dengan tentera Jepun.
  3. Sabah, Sarawak dan Brunei digabungkan pentadbiran menjadi Borneo Utara.
  4. Pentadbiran Borneo Utara diketuai oleh seorang Gebenor Jeneral berpusat di Kuching.
  5. Sabah dan Sarawak dibahagikan kepada beberapa wilayah dan diketuai oleh seorang Gebenor Wilayah.

1      Aspek Politik
a.    Sultan kehilangan kuasa memerintah tetapi diberi elaun.  Baginda hanya berkuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu
b.    Tanah Melayu menjadi tanah jajahan Jepun
c.     Majlis Agama Islam hanya ditubuhkan menjelang kekalahan Jepun.

2      Aspek Ekonomi
a.    Ekonomi Tanah Melayu dieksploitasi hanya untuk perindustrian dan membiayai peperangan
b.    Sistem mata wang Jepun diperkenalkan
c.     Ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian digiatkan
d.    Catuan makanan dikenakan
e.    Syarikat Jepun (Kaisha) diberi layanan istimewa.

3      Aspek Sosial
a.    Sekolah Inggeris dan Cina diharamkan untuk menghapuskan pengaruh mereka
b.    Lagu Kebangsaan Jepun (Kamigayo) dinyanyikan setiap pagi di sekolah untuk memupuk semangat tata setia kepada Maharaja Jepun.
c.     Bahasa Jepun (Nippon-Go) menjadi bahasa pengantar di sekolah,  Cuti umum dan perayaan mengikut negara Jepun.
d.    Orang Melayu dilayan dengan baik untuk mendapatkan kerjasama mereka.
e.    Orang Cina dilayan dengan kejam kerana disyaki bersubahat membantu kerajaan China dalam Perang China-Jepun.
f.     Orang India dilayan dengan baik dengan harapan membantu mereka mengusir British di India.

  1. Reaksi Penduduk

Dasar pemerintahan Japun juga meninggalkan pelbagai tekanan dan emosi kepada penduduk tempatan berikutan dasar ketenteraan dan kekejaman.

  1. Kekalahan Jepun

Menjelang 1945, tentera Bersekutu mendesak tentera Jepun menyerah diri sebelum bom atom digugurkan di Horoshima pada 8 Ogos 1945.

  1. Kesan Pemerintahan Tentera Jepun

Pemerintahan Tentera Jepun telah meninggalkan pelbagai kesan politik, ekonomi dan social ke atas penduduk Tanah Melayu

Blog Yang Popular - Marilah Belajar

BAHASA MALAYSIA

BAHASA INGGERIS

SCIENCE

MATEMATIK

Kandungan E Learning Portal

kEMAHIRAN HIDUP

BAHASA CINA

PERDAGANGAN

Labels

BIOLOGI

FIZIK

KIMIA

SELAMAT BELAJAR

Kitaro Music