Malaysia Negara Maju

Malaysia sedang berada di ambang negara maju. Untuk tempoh lapan tahun dari sekarang, negara kita akan melalui satu fasa transformasi penting yang akan menentukan samada kita berjaya melangkah ke gerbang negara maju apabila fajar tahun 2020 menyinsing.

TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Dalam era transformasi ini, seluruh minda dan kudrat rakyat perlu digembleng untuk memacu kemajuan negara dalam persekitaran global yang lebih mencabar.

Pendidikan Yang Berkualiti dan Inovasi

Pelaksanaan empat inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi sektor pendidikan, yang bertujuan untuk memperluas akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan

Modal Insan Yang Berpengetahuan

guru inovasi yang mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara kritis, kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.

Terima Kasih Guru

Berkat sentuhan para gurulah, lahirnya insan-insan yang terdidik dengan ilmu dan adab, yang kini berada di setiap lapangan ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya untuk menggerakkan kemajuan bangsa dan nusa. Kejayaan negara kita beralih daripada sebuah negara berasaskan ekonomi pertanian kepada sebuah negara perindustrian baru yang pesat berkembang, sebahagian besarnya adalah kerana jasa dan bakti para guru.

Showing posts with label (PA)Prinsip Perakaunan tingkatan4-Bab1:Pengenalan. Show all posts
Showing posts with label (PA)Prinsip Perakaunan tingkatan4-Bab1:Pengenalan. Show all posts

Wednesday, June 6, 2012

(PA)Prinsip Perakaunan tingkatan4-Bab1:Pengenalan


BAB 1 : PENGENALAN

NOTA RINGKAS

 

Perbezaan antara simpan kira dengan perakaunan.

Simpan kiraPerakaunan
Simpan kira merupakan peringkat awal dalam proses perakaunanPerakaunan merupakan proses perekodan maklumat akaun yang seterusnya
Simpan kira ialah merekod urus niaga dengan teratur dan tepat secara sistem catatan berguPerakaunan meliputi kerja merekod, mendaftar, mengklasifikasikan dan menganalisis
Ia merupakan satu aspek kecil dalam proses perakaunanIa merangkumi bidang yang lebih luas
Kerja simpan kira ialah satu proses yang mekanikal dan rutinKerja perakaunan adalah lebih rumit dan memerlukan pengetahuan yang profesional

 

Perbezaan antara organisasi perniagaan di Malaysia.

Bil.Milikan TunggalPerkongsianSyarikat Berhad
1Dimiliki oleh seorang pemilik sahajaDimiliki oleh dua hingga dua puluh orang pekongsiDimilik oleh ramai pemilik syer
2Modal sedikitModal sederhanaModal banyak
3Perniagaan mudah ditubuhkanPembentukan agak mudah. Ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian 1961Penubuhan adalah rumit. Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.
4Dikawal dan diuruskan oleh seorang pemilikDiuruskan oleh beberapa pekongsi aktifPengurusan dilaksanakan oleh lembaga pengarah
5Liabiliti tidak terhadLiabiliti tidak terhadLiabiliti terhad kepada nilai syer
6Pemilik mendapat semua untungKeuntungan dikongsi antara pekongsi mengikut perjanjianKeuntungan dibahagi kepada pemegang syer dalam bentuk dividen
7Kos pengendalian rendahKos pengendalian sederhanaKos pengendalian tinggi
8Contoh: kedai runcit, klinik, bengkel keretaContoh: Restoran, Pasar raya, firma guaman, firma akauntanContoh: kebanyakan perusahaan besar seperti Sime Darby Berhad

 

Konsep dan Prinsip Perakaunan yang asas:

Bil.Konsep/PrinsipKeteranganRujukan Langsung dari wikipedia
1Entiti berasinganPemilik dan perniagaan merupakan dua pihak berasingan.
2Badan berterusanPerniagaan dianggap mempunyai hayat yang berterusan dan tidak dibubarkan dalam jangka pendek.going concern
3Wang sebagai ukuranHanya item yang boleh dinilaikan dalam wang direkodkan dalam buku akaun.
4Kos sejarahUrus niaga direkod berasaskan kos belian pada tarikh belian tersebut walaupun nilai semasa boleh berubah.historical cost
5Tempoh perakaunanHayat perniagaan dibahagikan kepada tempoh yang sama dan tetap.
6Konsep pemadananSemua hasil mesti dipadanka dengan belanja dalam sesuatu tempoh perakaunan untuk mencari keuntungan bagi tempoh berkenaan.Matching Principles
7Prinsip catatan berguSetiap urus niaga direkod dalam dua akaun yang berasingan di sebelah yang bertentangan dengan amaun yang sama.Double-entry
8KetekalanItem perakaunan yang serupa dikendalikan dengan cara yang sama, konsisten, pada setiap tempoh perakaunan.
9MaterialitiItem perakaunan yang penting sahaja diambil kira dalam penyediaan laporan kewangan.Materiality
Rujukan lain dari internet (BM): wikipedia

Kitaran Perakaunan

Blog Yang Popular - Marilah Belajar

BAHASA MALAYSIA

BAHASA INGGERIS

SCIENCE

MATEMATIK

Kandungan E Learning Portal

kEMAHIRAN HIDUP

BAHASA CINA

PERDAGANGAN

Labels

BIOLOGI

FIZIK

KIMIA

SELAMAT BELAJAR

Kitaro Music