Friday, May 25, 2012

(BM)Contoh Karangan -Ucapan: Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri


Contoh Ucapan: Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri

Sekolah kamu telah mengadakan kempen menjaga kebersihan diri. Kamu sebagai ketua murid diminta menyampaikan ucapan tentang cara-cara menjaga kebersihan diri.

***   ***   ***   ***   ***

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah  "Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri".

Hadirin sekalian,

Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagian hidup kita. Kita mesti memastikan supaya telinga kita berada dalam keadaan yang bersih. Kita perlu membersihkan telinga kita sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan putik kapas yang lembut.

Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari. Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Jika badan kita bersih, badan kita akan menjadi sihat dan cergas.

Kita hendaklah memotong kuku supaya bersih. Jika kuku kita kotor, kuman akan melekat pada kuku kita. Kuman tersebut boleh tersebar ke dalam badan kita semasa kita menyuap makanan. Ini akan menyebabkan kita dihinggapi penyakit seperti cirit-birit, batuk dan lain-lain lagi.

Hadirin sekalian,

Kita perlu menjaga kebersihan rambut. Kita mestilah menggunakan syampu untuk membersihkan rambut kita. Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi kelemumur, kutu dan penyakit kulit kepala.

Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh itu, kita mestilah menanamkan sikap ingin menjaga kebersihan diri untuk kebahagiaan hidup kita.

Sekian, terima kasih.

Blog Yang Popular - Marilah Belajar

BAHASA MALAYSIA

BAHASA INGGERIS

SCIENCE

MATEMATIK

Kandungan E Learning Portal

kEMAHIRAN HIDUP

BAHASA CINA

PERDAGANGAN

Labels

BIOLOGI

FIZIK

KIMIA

SELAMAT BELAJAR

Kitaro Music