Monday, June 4, 2012

(PA) Bab3-Prinsip perakaunan (Tingkatan 4)

BAB 3:DOKUMEN SUMBER.

BORANG PESANAN.
Borang pesanan merupakan borang yang digunakan untuk membuat pesanan untuk membeli barang.
Aktiviti belian akan bermula selepas pembeli meneliti sebut harga, senarai harga dan katalog.
Borang ini dihantar oleh pembeli kepada penjual.
Pembeli akan membuat pesanan barang niaga dengan menghantar borang pesanan belian kepada penjual.
Butiran berdasarkan maklumat dalam katalog.
Harga yang dinyatakan adalah berdasarkan sebut harga.
Maklumat dalam pesanan belian tidak perlu dimasukkan ke mana-mana bukup perakaunan sebab proses jual beli belum bermula lagi.
<= Berikut ialah satu contoh borang pesanan:




INVOIS.
Setelah penjual menerima pesanan belian daripada pembeli, penjual akan menghantar barang niaga kepada pembeli bersama dengan nota serahan.
Pembeli akan menyemak barang niaga yang diterima dengan nota serahan dan menandatanganinya.
Penjual pula akan menyediakan invois berdasarkan nota serahan yang disahkan oleh pembeli.
Invois merupakan dokumen perniagaan yang penting dalam urus niaga jual beli secara kredit.
Invois disediakan dalam tiga salinan, satu salinan asal dihantar kepada pembeli dan dua salinan lain digunakan oleh penjual sebagai rujukan.
Invois adalah dokumen penting yang digunakan sebagai sumber rekod perakaunan. Pembeli merekodkan butir-butir invois dalam Jurnal Belian manakala penjual merekodkan butir-butir invois dalam Jurnal Jualan.
Maklumat penting yang terdapat dalam invois ialah:
Nama dan alamat penjual
Nama dan alamat pembeli
Tarikh invois disediakan
Nombor invois, butir, kuantiti, harga seunit dan jumlah
Syarat-syarat urus niaga seperti:
Ang. dib - Singkatan bagi angkutan dibayar bermakna kos pengangkutan dibiayai oleh penjual
Diskaun tunai - Potongan yang diberi sebab bayaran dibuat dengan cepat, contoh 5% 10 hari bermaksud 5% diskaun tunai akan diberi jika pelanggan membayar dalam tempoh 10 hari.
K & K di K - Singkatan bagi kesilapan dan ketinggalan dikecualikan bermakna sebarang kesilapan dan ketinggalan boleh dibetulkan dengan menggunakan nota debit dan nota kredit.
<= Berikut ialah satu contoh invois:




NOTA KREDIT.
Nota Kredit merupakan dokumen yang dihantar untuk mengurangkan hutang pembeli.
Dokumen ini akan dihantar apabila pembeli memulangkan bekas kosong, pembeli memulangkan barang kerana rosak atau silap jenama dan jika ada kesilapan dalam pengiraan invois.
Nota Kredit disediakan oleh penjual dan dihantar kepada pembeli.
Penjual menyimpan dokumen salinan dan pembeli menyimpan dokumen asal.
<= Berikut ialah satu contoh nota kredit:




NOTA DEBIT:
Nota Debit merupakan dokumen yang digunakan untuk menambahkan hutang pembeli kerana mungkin invois yang dihantar terkurang catat.
Nota Debit disediakan oleh penjual dan dihantar kepada pembeli.
Penjual menyimpan dokumen salinan dan pembeli menyimpan dokumen asal.
<= Berikut ialah satu contoh nota debit:

Blog Yang Popular - Marilah Belajar

BAHASA MALAYSIA

BAHASA INGGERIS

SCIENCE

MATEMATIK

Kandungan E Learning Portal

kEMAHIRAN HIDUP

BAHASA CINA

PERDAGANGAN

Labels

BIOLOGI

FIZIK

KIMIA

SELAMAT BELAJAR

Kitaro Music