KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH
KEMERDEKAAN.
Ke arah Perpaduan Kaum
1. 1949 : CLC (Community Liaison Committee ) atau Jawatankuasa
Hubungan Antara Kaum ditubuhkan dengan tujuan mencapai perpaduan
Dan kerjasama antara kaum sebagai satu daripada syarat untuk mencapai
Kemerdekaan Tanah Melayu.
2. Perpaduan, kerjasama, kestabilan politik dan hidup harmoni akan
Mendorong British untuk terus melabur dalam ekonomi Tanah Melayu.
3. CLC dipengerusikan oleh Dato’ E.E.C. Thuraisingham manakala Sir
Malcolm MacDonald sebagai penasihat, AJK terdiri daripada Dato’ Onn
Jaafar (wakil UMNO), Tun Tan Cheng Lock (wakil MCA), seorang
Wakil kaum India, Ceylon, Serani dan Eropah.
4. Kompromi CLC – UMNO membawa kepada beberapa persetujuan
Dalam perkara-perkara berikut :-
4.1. Kelonggaran syarat kerakyatan persekutuan,
4.2. Bantuan ekonomi dan pelajaran kepada orang Melayu,
4.3. Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai, di peringkat
Majlis Bandaran, Negeri dan Perundangan Persekutuan,
4.4. Pembentukan satu sistem pendidikan yang mewajibkan
Penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai
Bahasa Pengantar.
Usaha Parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum
1. Feb. 1954 : Diadakan konferensi Nasional antara MB, pihak British
Dan Parti Negara bagi membentuk kerjasama politik. 2. Ogos 1954 : Diadakan Konvensi Nasional antara UMNO – PAS.
3. Konferensi dan konvensi nasional ini menjadi medan perbincangan
Antara parti-parti politik dengan tujuan merealisasikan perpaduan
Kaum bagi mengadakan pilihan raya ke arah kemerdekaan Tanah
Melayu.
4. Catat carta ms : 124.
Pendidikan Alat Perpaduan
1. Sebelum merdeka, terdapat lima jenis sekolah di Tanah Melayu :-
1.1. Sekolah Agama Islam,
1.2. Sekolah vernakular Melayu,
1.3. Sekolah vernakular Cina,
1.4. Sekolah vernakular Tamil dan
1.5. Sekolah aliran Inggeris.
2. Perbezaan sistem persekolahan menimbulkan perbezaan politik,
Ekonomi, sosial yang menjadi penghalang kepada perpaduan kaum.
3. Beberapa laporan pelajaran dikeluarkan bagi merapatkan perbezaan
Pendidikan untuk membentuk perpaduan kaum.
4. Sistem pendidikan kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang
Belajar menerusi sistem pendidikan yang sama.
5. Catat Pustaka Ilmu ms : 126, 127& 128.
6. Catat carta ms : 129.
Kerjasama Kaum Ke arah Berkerajaan Sendiri.
Sistem Ahli.
1. Ideanya dicetuskan oleh Dato’ Onn Jaafar dan disokong oleh
Pihak British dan Raja-raja Melayu. 2. Tujuannya untuk melatih orang Melayu dan kaum-kaum lain dalam
3. Dilaksanakan mulai April 1951 hingga Jun 1955.
4. Catat carta ms : 131.
Kelonggaran Syarat Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu.
1. Tujuan melonggarkan syarat kerakyatan ialah :-
1.1. Supaya golongan imigran taat setia kepada Persekutuan
Tanah Melayu;
1.2. Untuk mengelakkan golongsn imigran daripada terpengaruh
Dengan PKM.
2. Pihak British menubuhkan RIDA (Rural Industrial Development
Aothority atau Lembaga Pembangunan Industri Desa) dengan
Tujuan :-
2.1. Membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu;
2.2. Memujuk orang Melayu agar setuju dengan kelonggaran
Syarat kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dan
Kerakyatan Negeri 1951.
3. 1966 : RIDA ditukarkan namanya menjadi MARA.
4. Catat ms : 133.
Pembentukan Parti Perikatan
Catat carta ms : 135
Antara tokoh penting yang terlibat dalam pembentukan Parti Perikatan
Ialah Dato’ Hj. Noah, Tun Tan Cheng Lock, Tunku Abdul Rahman dan
Tun Abdul Razak.
Pembentukan Parti Perikatan telah berjaya mewujudkan kerjasama dan
Perpaduan kaum.
Pilihanraya Majlis Bandaran
Dis. 1951 : Pilihanraya pertama Majlis Bandaran diadakan di-
George Town, Pulau Pinang bagi memilih Ahli Majlis Perbandaran
George Town.
1. Parti Radikal (dianggotai pelbagai kaum) menang enam daripada
sembilan kerusi.
2. Feb. 1952 : Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur diadakan.
3. Kerjasama antara UMNO ( Dato’ Yahya Razak ) dengan MCA
(H.S. Lee) menghasilkan kemenangan UMNO – MCA sebanyak
sembilan daripada 12 kerusi.
4. Kerjasama antara UMNO – MCA diteruskan dalam pilihanraya
Seterusnya hingga menghasilkan kemenangan 26 kerusi daripada
37 kerusi yang dipertandingkan.
5. Keberkesanan kerjasama UMNO – MCA dalam Pilihanraya
Bandaran mendorong kepada penubuhan Parti Perikatan pada 1954.
Pilihanraya Negeri
Pilihanraya Negeri pada 1954 menyaksikan kemenangan besar
UMNO – MCA apabila pakatan UMNO-MCA memenangi 226
Daripada 268 kerusi yang dipertandingkan.
Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan
1. 1954 : Pentadbiran British di Tanah Melayu menubuhkan Jawatan
kuasa Pilihanraya dengan ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai
kanan British dan wakil parti-parti politik.
2. Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan memperuntukkan 100 Kerusi dengan 52 kerusi dipertandingkan manakala 48 kerusi
dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
3. 27 Julai 1955 : dilangsungkan pilihanraya Majlis Perundangan
24
Persekutuan, Tanah Melayu.
4. !5 Julai 1955 : Kempen pilihanraya dimulakan dan Parti Perikatan
mengemukakan manifesto seperti berikut :-
4.1. Mencapai kemerdekaan dalam tempoh empat tahun;
4.2. Mewajibkan pendidikan rendah;
4.3. Melindungi hak Raja-raja Melayu sebagai Raja
Berpelembagaan;
4.4. Menamatkan darurat;
4.5. Menjadikan pentadbiran awam bercorak tempatan.
5. Hak mengundi diberikan kepada semua warganegara berumur 21
Tahun ke atas.
6. Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang di-
Pertandingkan.
7. Asas kemenangan Parti Perikatan ialah kerjasama antara kaum
Dan kesediaan untuk berkongsi kuasa serta permuafakatan dalam
Mentadbir Negara.
Rumusan
Kerjasama, perpaduan dan permuafakatan antara parti-parti politik
Dengan rakyat pelbagai kaum menjadi asas kepada usaha untuk
Mencapai kemerdekaan dan membangunkan Negara. Perkongsian
Kuasa menjadi ramuan penting ke arah kemajuan Negara.