Sunday, June 3, 2012

nota SJ tingkatan 2-bab 1


STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN SEJARAH TINGKATAN DUA

BAB 1 – KEDUDUKAN BRITISH



Pengaruh British di Kedah
(Teks m/s: 4-6)
·        sebelum tahun 1791 Pulau Pinang adalah sebahagian dari wilayah Kedah
·        Kedah pula terletak di bawah naungan Siam
·        terkenal sebagai sebuah kuasa maritim
·        Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) tertarik dengan kegemilangan Kedah terutamanya di Pulau Pinang

Sebab-Sebab SHTI Tertarik dengan Kedah
a) Kedah Sebagai Pelabuhan Persinggahan
·   kedudukan Kedah strategik di laluan antara timur dan barat
·   banyak terdapat kemudahan seperti bekalan air, bekalan makanan dan tempat membaiki kapal
·   pedagang singgah sebelum belayar ke Canton, China
·   tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun

b) Kedah Sebagai Pusat Pengumpulan Barang Dagangan
·   banyak barang dagangan terdapat di Kedah yang dibawa dari negara luar seperti China
·   teh dari China diperlukan oleh SHTI
·   China perlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam dari Kepulauan Melayu

c) Kedah Sebagai Pangkalan Tentera
·   SHTI perlukan Pulau Pinang sebagai pangkalan tenteranya
·   SHTI bersaing kuasa perdagangan dengan Perancis di India
·   Pulau Pinang dijadikan pangkalan tentera untuk mempertahankan India dari serangan Perancis

Ancaman-Ancaman di Kedah
·   Kuala Kedah berkembang sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu
·   pemimpin mengamalkan dasar buka pintu dalam pentadbiran
·   Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan antarabangsa
·   para pemimpin Kedah menghadapi tentangan dan ancaman dalam usaha mengekalkan kedaulatan Kedah dari Bugis, Siam dan Burma


i)   Ancaman Bugis Dari Selangor
·   akhir abad ke-18 keadaan politik Kedah tidak stabil kerana perebutan takhta antara pembesar-pembesar
·   keadaan ini mengancam kedaulatan Kedah
·   tahun 1770 Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah
·   kerabat diraja Kedah tidak bersetuju kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara
·   kerabat diraja Kedah berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa
·   tentera Bugis pimpinan Raja Haji menyerang dan menawan Kuala Kedah dan Alor Setar
·   Sultan Kedah terpaksa berundur ke Kangar
·   Sultan Muhammad Jiwa dapatkan bantuan tentera dari firma Jourdain Sullivan and de Souza
·   tahun 1771 firma telah menghantar Francis Light ke Kedah untuk berunding
·   perjanjian telah ditandatangani yang membenarkan firma berniaga di Kuala Kedah
·   firma dikehendaki membantu Kedah dalam ketenteraan
·   Sultan Kedah membatalkan perjanjian apabila firma tidak membantu Kedah menyerang Bugis di Selangor

(ii) Ancaman Siam
·   Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Siam semasa Siam berperang dengan Burma (1753-1781)
·   selepas perang tamat Siam menjadi kuasa yang kuat dan menuntut Kedah menghantar bunga emas, wang dan tenaga manusia
·   Kedah berasa terancam
·   Sultan Abdullah (1778-1797) mendapatkan bantuan tentera SHTI
·   Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang sebagai hadiah sekiranya SHTI sanggup melindungi Kedah dari ancaman Siam
·   Francis Light sedar tentang kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan dan pangkalan tentera
·   SHTI bersetuju untuk membantu Kedah

Francis Light di Pulau Pinang
 (Teks m/s: 7-9)
·   SHTI bersaing dengan Belanda di semenanjung Tanah Melayu
·   SHTI bimbang dasar monopoli Belanda menjejaskan perdagangan mereka
·   SHTI anggap tawaran Sultan Abdullah yang membenarkan mereka menduduki Pulau Pinang sebagai ‘pucuk dicita ulam mendatang’
·   Francis Light menandatangani perjanjian secara peribadi dengan Sultan Abdullah pada tahun 1786 iaitu Perjanjian Inggeris-Kedah
·   Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat Francis Light memberi bantuan tentera apabila perlu
·   Pada 11 Ogos 1786 upacara menaikkan bendera rasmi British iaitu Union Jack diadakan
·   nama Pulau Pinang ditukar kepada Prince of Wales Island oleh Francis Light
·   ibu negeri Pulau Pinang dinamakan Georgetown iaitu sempena nama Raja England – King George III
·   tahun 1787 sebanyak 42 buah kapal berlabuh di Pulau Pinang
·   tahun 1790 bilangan kapal bertambah kepada 104 buah
·   bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu

Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786
·   SHTI bantu Kedah sekiranya Kedah diserang musuh
·   SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah
·   SHTI berjanji akan membayar sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultan sebagai pampasan

Pulau Pinang Diambil British Secara Rasmi
·   tahun 1786 Siam menakluk Patani dan mengancam Kedah
·   Sultan Abdullah menuntut SHTI memberi bantuan tentera (seperti dalam perjanjian 1786)
·   SHTI enggan membantu dengan alasan SHTI tidak terlibat dengan perjanjian
·   SHTI juga mahu menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam
·   Sultan Abdullah mendesak Francis Light meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak menenpati janji
·   Francis Light enggan dan menawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolah oleh Sultan Abdullah
·   Sultan Abdullah berasa marah dan tertipu dengan tindakan Francis Light
·   Tahun 1791 Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang
·   Sultan Abdullah mendapat bantuan dari Riau, Siak dan Selangor
·   Francis Light minta bantuan dari British menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai
·   Sultan Abdullah tewas
·   Sultan Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791
·   kesan-kesan:
- SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi
    - sebagai ganjaran SHTi membayar 6000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah
               - George Leith dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama


SHTI Mengambil Seberang Perai
(Teks m/s: 10-12)
·   2 sebab SHTI memerlukan Seberang Perai;
i. Seberang Perai sebagai benteng mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinang oleh pihak musuh
ii. Seberang Perai subur dan sesuai untuk pertanian bagi menampung makanan di Pulau Pinang
·   SHTI mengambil kesempatan kerana Sultan Dziauddin memerlukan bantuan tentera bagi menghadapi ancaman Siam
·   terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan gabenor Leith pada Jun 1800
·   kesan – SHTI menduduki Pulau Pinang dan menukar nama kepada Province Wellesley

Syarat Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800
·   Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai
·   SHTI membayar 10 000 dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai
·   SHTI tidak membantu Kedah apabila Siam menyerang Kedah pada November 1821
·   rakyat Kedah terpaksa berjuang sendiri
·   Kedah tewas dan ditakluki Siam
·   Jun 1826 Raja Siam  Rama III menandatangani perjanjian dengan Henry Burney di Bangkok iaitu Perjanjian Burney 1826

Syarat Perjanjian Burney 1826
·   British mengiktiraf  ketuanan Siam terhadap Kedah
·   Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma
·   British tidak membantu sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya
·   British akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah dan Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepada Siam
·   Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai

Perluasan Kuasa British di Singapura
(Teks m/s: 13-18)
Sebab-Sebab British Bertapak di Singapura:
i. SHTI gagal memajukan Pulau Pinang
·   Pulau Pinang gagal mencapai kemajuan
·   kedudukan Pulau Pinang jauh ke utara Selat Melaka menyebabkannya gagal bersaing sebagai pelabuhan di Kepulauan Melayu
·   kebanyakan kapal dagang berdagang di Betawi, Riau dan Lingga

ii. Keinginan British mempunyai pelabuhan strategik
·   perdagangan SHTI dengan China semakin penting
·   barang dagangan China seperti teh, sutera, kapas dan bahan pencelup mendapat pasaran lumayan di Eropah
·   SHTI memerlukan pelabuhan strategik di selatan Selat Melaka bertujuan untuk menguasai laluan perdagangan antara India dan China
·   SHTI menguasai Melaka dan Betawi semasa Perang Napoleon (1793-1814)
·   selepas Perang Napoleon tamat British terpaksa memulangkan Melaka dan Betawi kepada Belanda
·   Belanda mengenakan cukai yang tinggi dan memberi layanan buruk kepada pedagang British di Betawi
·   Stamford raffles ditugaskan mencari pelabuhan baru
·   Raffles cuba membuka pelabuhan di Palembang, Acheh dan Riau tetapi gagal
·   hasrat British untuk menyaingi pengaruh Belanda tidak berhasil

iii. Singapura sebagai pangkalan perdagangan yang strategik
·   merupakan sebahagian wilayah Johor
·   kedudukannya strategik di bahagian selatan semenanjung Tanah Melayu dapat mengawal laluan perdagangan di  Selat Melaka dan Selat Sunda
·   Singapura sesuaisebagai pelabuhan bebas dan pangkalan British untuk menyaingi Belanda di Betawi
·   Raffles mencadangkan kepada SHTI supaya mendirikan pangkalan baru di Singapura
·   Raffles yakin Singapura dapat menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu
·   Raffles menghadapi masalah kerana Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman berada di bawah pengaruh Belanda

Cara-Cara Raffles (British) Menguasai Singapura:
·   Raffles mendarat di Singapura pada 12 Januari 1819
·   Pada 30 Januari 1819 Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman (Pemerintah Singapura dan Tanah Besar Johor) menandatangani perjanjian yang membenarkan British membina loji di Singapura
·   Temenggung Abdul Rahman  menandatanganinya kerana bimbang diserang oleh British

Syarat Perjanjian 30 Januari 1819
·   SHTI boleh mendirikan loji di Singapura
·   SHTI bersetuju melindungi Temenggung Abdul Rahman dari ancaman dalam dan luar negeri
·   SHTI akan membayar sebanyak 3000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung Abdul Rahman
·   SHTI tidak membenarkan Temenggung Abdul Rahman membuat hubungan dengan kuasa Barat lain
·   perjanjian antara Raffles dan Temenggung Abdul Rahman ini tidak sah kerana tidak dipersetujui Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman
·   Raffles merancang untuk memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda
·   Raffles menggunakan helah dengan menghidupkan semula masalah pewarisan takhta yang berlaku tahun 1812
·   Raffles memperalatkan Tengku Hussein yang kecewa kerana tidak ditabal sebagai Sultan Johor
·   Raffles berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabal sebagai Sultan Johor yang baru
·   pada 6 Februari 1819 Sultan Hussein mengiktiraf perjanjian awal antara Temenggung Abdul Rahman dengan Raffles yang dibuat pada 30 Januari 1819
·   SHTI mula bertapak secara rasmi di Singapura
·   pertabalan Sultan Hussein menyebabkan Johor menpunyai dua prang sultan iaitu Sultan Hussein di Singapura (diperintah oleh Temenggung Abdul Rahman) dan Sultan Abdul Rahman di Lingga
·   British melantik Residennya di Singapura iaitu William Farquhar (1819-1823) dan John  Crawford (1823-1826)

Kuasa British di Singapura Secara Rasmi:
·   tahun 1819 British belum lagi menguasai Singapura secara rasmi
·   pada 7 Jun 1823 Raffles menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman yang membolehkan SHTI menguasai Singapura dan pulau-pulau disekitarnya
·   pada 2 Ogos 1824 perjanjian ditandatangani antara Residen Singapura John Crawford dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman
·   kesannya – Sultan Hussein terpaksa menyerahkan Singapura secara rasmi kepada SHTI

Syarat Perjanjian 7 Jun 1823
·   Sultan Hussein terima bayaran 1500 dolar Sepanyol dan Temenggung Abdul Rahman sebanyak 800 dolar Sepanyol sebulan
·   Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang  Cina
·   SHTI berkuasa di seluruh pulau Singapura dan pulau-pulau berdekatan kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman
·   undang-undang British dikuatkuasakan

Syarat Perjanjian 2 Ogos 1819
·   Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI buat selama-lamanya
·   Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya
·   Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau warisnya boleh menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura

·   SHTI mengarahkan Temenggung Abdul Rahman memindahkan pusat pentadbiran dari Kuala Sungai Singapura ke Teluk Belanga
·   alasan SHTI ialah untuk memajukan Singapura
·   SHTI mengambil tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga
·   tahun 1866 pusat pemerintahan Johor di Teluk Belanga dipindahkan ke Johor Bharu

Pertikaian Inggeris-Belanda dan Perpecahan Kepulauan Melayu
(Teks m/s: 19-20)
·   Belanda tidak puas hati dengan petempatan Raffles di Singapura
·   alasan Belanda ialah Singapura berada di bawah lingkungan pengaruh Belanda dan Singapura akan menjejaskan perdagangan Belanda di Betawi
·   kesan pertikaian ialah;
a)  Hubungan Belanda-Inggeris tegang
b) British enggan menyerahkan Singapura kepada Belanda kerana potensi Singapura sebagai pelabuhan bebas dan pangkalan tentera British
c)  Satu perjanjian ditandatangani iaitu Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)

Syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)
·   Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura
·                                                     Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu
·                                                     British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka kepada British
·                                                     British berjanji tidak akan membuka petempatan baru ke selatan Singapura

Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
·   Kepulauan Melayu terbahagi dua;
a)  British menguasai Tanah Melayu dan Singapura di Utara
b) Belanda menguasai Kepulauan Riau dan Lingga di Selatan
·   British dapat meluaskan pengaruh di Tanah Melayu tanpa  gangguan kuasa-kuasa Barat lain
·   Melaka menjadi hak British dan membolehkan British menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka
·   Kerajaan Johor berpecah dua iaitu;
a)  Johor dan Singapura menjadi hak British
b) Kepulauan Riau dan Lingga menjadi hak Belanda

Penubuhan Negeri-Negeri Selat – NNS (Teks m/s: 21-13
·   tahun 1824 SHTI menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
·   Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor
·   Singapura dan Melaka ditadbir oleh Residen
·   tahun 1826 ketiga-tiganya disatukan di bawah satu pentadbiran iaitu NNS
·   tujuan adalah untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan
·   ibu negeri NNS pertama ialah Pulau Pinang
·   tahun 1832 ibu negeri NNS dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura
·   alasannya kerana kedudukan Singapura lebih strategik dan menguntungkan

Pentadbiran di Negeri-Negeri Selat
·   pentadbiran NNS diketuai oleh Gabenor
·   Gabenor menerima arahan daripada Gabenor Jeneral British di India
·   Gabenor NNS dibantu oleh Residen Konsuler bagi setiap negeri di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka
·   semua dasar dan undang-undang NNS digubal oleh Gabenor Jeneral British di India
·   kesan-kesannya;
a)  Penduduk dan pedagang tempatan tidak puas hati kerana NNS ditadbir  seperti Tanah Jajahan India
b) Saudagar-saudagar British di NNS merayu dan mendesak supaya dipindahkan pentadbiran ke London
c)  Pada 1 April 1867 NNS diisytiharkan sebagai Tanah jajahan British dan diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan di London
d) Majlis Perundangan ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan undang-undang sendiri

Sebab-Sebab Perpindahan Pentadbiran NNS Dari India Ke London (1867)
·   SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan NNS
·   NNS membantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura
·   Kedatangan imigran Cina ke NNS tidak terkawal kerana kebanyakan mereka menubuhkan kongsi gelap dan melakukan kekacauan
·   Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menyebabkan mata wang Sepanyol diganti dengan mata wang rupee India – ini merugikan pedagang-pedagang kerana nilai rupee rendah
·   Penduduk tempatan membantah kerana NNS dijadikan tempat buangan banduan

Kesan Perpindahan Pentadbiran NNS Ke London
·   Tahun 1871 mata wang NNS pertama telah dikeluarkan

Blog Yang Popular - Marilah Belajar

BAHASA MALAYSIA

BAHASA INGGERIS

SCIENCE

MATEMATIK

Kandungan E Learning Portal

kEMAHIRAN HIDUP

BAHASA CINA

PERDAGANGAN

Labels

BIOLOGI

FIZIK

KIMIA

SELAMAT BELAJAR

Kitaro Music