Tuesday, June 5, 2012

(PA) Tingkatan5 Bab1-Pendedahan kepada Penyata kewangan.

Bab 1 ( Pengenalan ) 
1. Pendedahan kepada Penyata kewangan.

Jenis jenis Penyata kewangan Penyata kewangan terdiri daripada Penyata pendapatan dan Kunci Kira Kira. .

Tujuan Penyata kewangan Penyata kewangan disediakan pada hujung satu tempoh perakaunan untuk mencari keuntungan dan mengetahui kedudukan kewangan sesebuah perniagaan.

Tajuk Penyata kewangan Tajuk bagi penyata kewangan: Penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember ____Kunci kira kira pada 31 Disember _____

Komponen setiap jenis Penyata Kewangan Bagi Penyata pendapatan:- i)Belanja ii)Hasil iii) Untung bersih atau rugi bersih Bagi Kunci kira kira:- i)Aset Bukan Semasa ii)Aset semasa iii)Ekuiti Pemilik iv)Liabilti bukan semasa v) Liabiliti semasa 

Pihak yang bertanggungjawab diatas penyediaan Penyata Kewangan i) 

Akauntan Tugas akaun adalah merancang, melaksanakan dasar ,memastikan system bekanjawan dan kawalan akaun dipraktikan dengan betul, dan juga memberi nasihat berkaitan dengan  perakaunan.ii) 

Pengurus Kewangan Merupakan pengurus dalam bidang perakaunan supaya lancer dan teratur. Menyediakan akaun bulanan dan laporan bulanan kepada  pihak atasan.iii) 

Pengurus Akaun 
 2
Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan rekod yang lengkap bagi semua transaksi kewangan sesebuah perusahaan mengikut  prinsip perakaunan yang betul di Bantu oleh Akauntan.Mengesahkan tentang dokumen dan rekod yang berkaitan  penerimaan, pembayaran dan transaksi kewangan yang lain.Beliau juga mnyediakan penyata dan laporan kewangan bagi tempoh tertentu. Menyediakan akaun dengan menggunakan pakej  perisian yang standard 

Pengguna Penyata kewangan i) 

Peniaga Untuk mengetahui secara khusus berkenaan dengan perniagaan yang diceburi iaitu potensi syarikat dapat diketahui melalui kunci kira kira. Hasid an belanja dapat diketahui melalui Penyata  pendapatan dan lain lain.ii) 

Pelabur Untuk mengetahui kedudukan kewangan satu satu syarikat maka  pelaboran dapat dilakukan.iii) 

Bank Untuk memberi pinjaman kepada organisasi melalui maklumat yang terdapat didalam penyata kewangan.iv) 

Pelanggan Untuk membuat keputusan meneruskan aktiviti jual beli dengan syarikat melalui maklumat kewangan yang diperolehi daripada  penyata kewangan.v) 

Kerajaan Untuk tujuan percukaiaan. Cukai merupakan hasil pendapatan Negara yang akan membantu Negara membangun dengan lebih  pesat lagi.

Kepentingan Penyata kewangan dalam perniagaan Kepentingan penyata pendapatan adalah untuk menunjukan samada  perniagaan mengalami keuntungan ataupun kerugian bagi satu tempoh masa perakaunan. Biasanya dalam tempoh masa satu tahun. Manakala kunci kira kira akan menunjukan kedudukan kewangan sesuatu  perniagaan bagi satu tempoh masa. Kedudukan kewangan yang dimaksudkan adalah berkenaan dengan asset, liabiliti. dan Ekuiti  pemilik. Adakah asset syarikat dapat menampung liability yang 
3
ditanggung oleh syarikat melui pengiraan ratio ratio tertentu. JAdi dengan mengetahui kedudukan kewangan syarikat maka dapatlah syarikat membuat perancangan perancangan kewangan.2. Sejarah Perakaunan 

Permulaan menyimpan rekod - Rekod perakaunan yang paling awal adalah di Babylonia pada tahun 3500 SM.-2300 M dibuat atas kepingan tanah liat -400 SM. Rekod dibuat atas papyrus, iaitu kertas dan calamus(pen).-Sistem kewangan telah digunakan dan urusniaga direkod dengan menggunakan nilai wang pada abad ke 5 dan ke 6 SM.-Abab ke 7 dan ke 11 sistem angka telah digunakan oleh orang India.

Permulaan catatan bergu -Bermula di Itali selaras dengan perkembangan perdagangan yang  pesat di Bandar Itali pada tahun 1200-1500 M. Dikenali sebagai Kaedah Venice -Luca pacioli seorang rahib francisca berbangsa Itali merupakan bapa  perakaunan.Beliau telah menerbitkan buku matematik yang menerangkan tentang kepentingan peraturan simpan kira yang digunapakai sehingga hari ini.

Perkembangan sistem Perakaunan -Revolusi perindustrian di England, pada pertengahan abad ke 18 telah memperkembangkan perdagangan dan perakaunan. Penyediaaan akaun lejar dan penyediaan penyata kewangan dibincangkan dan diperkenalkan.-Pada abad ke 19, syarikat yang besar bermodal besar ditubuhkan.Kerajaan telah menggubal perundangan untuk melindunggi semua syarikat yang terlibat.-Syarikat diwajibkan menyediakan laporan perakaunan dalam bentuk  penyata kewangan tahunan berdasarkan piawaian perakauanan minimum -Sejak tahun 1900, bidang perakaunan telah mencapai taraf  professional. Beberapa badan perakaunan professioanal ditubuhkan untuk: i) 

menentukan taraf minimum untuk kelayakan professional ii) 

membentuk kod etika akauntan 

Blog Yang Popular - Marilah Belajar

BAHASA MALAYSIA

BAHASA INGGERIS

SCIENCE

MATEMATIK

Kandungan E Learning Portal

kEMAHIRAN HIDUP

BAHASA CINA

PERDAGANGAN

Labels

BIOLOGI

FIZIK

KIMIA

SELAMAT BELAJAR

Kitaro Music