Karangan Bergambar PMR - Ramalan 1
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang fenomena pembaziran dalam kalangan masyarakat berdasarkan gambar tersebut. Panjangnya huraian anda hendaklahtidak melebihi 120 patah perkataan.
[ 20 markah ]
Karangan contoh
Amalan berjimat cermat perlulah dipupuk sejak kecil kerana “melentur buluh biarlah dari rebungnya” Malangnya, penduduk di negara kita membelakangkan amalan mulia berjimat-jimat sehingga menjadikannya satu penyakit sosial.
Masyarakat marcapada suka membeli-belah kerana pusat beli-belah dibina “bagai cendawan tumbuh selepas hujan”. Natijahnya, pembelian yang tidak terancang dilakukan oleh masyarakat kita tanpa menyedari “besar kuali, besarlah keraknya”. Oleh itu, sikap mereka menyebabkan kadar inflasi meningkat sekali gus kegawatan ekonomi berlaku.
Sumber air yang semakin terhad juga dibazirkan oleh masyarakat. Acap kali, air dibiarkan mengalir sehingga melimpah tanpa disedari. Tegasnya, prinsip “ingat sebelum kena, jimat sebelum habis” hanya menjadi “masuk telinga kiri, keluar telinga kanan”. Janganlah kita menyesal kemudian kerana “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.
Masa itu emas, pemahamannya semakin luntur dalam kalangan remaja. Mereka melakukan aktiviti kurang berfaedah tanpa menyedari masa yang berlalu tidak akan kembali. Apakala pelajaran terjejas, hanya air mata menghiasi muka.
Intihanya, pembaziran mestilah dijauhi oleh masyarakat di seantero jagatraya. Maka, sumber alam, wang, dan tenaga dapat dijimatkan demi masa depan.