Malaysia Negara Maju

Malaysia sedang berada di ambang negara maju. Untuk tempoh lapan tahun dari sekarang, negara kita akan melalui satu fasa transformasi penting yang akan menentukan samada kita berjaya melangkah ke gerbang negara maju apabila fajar tahun 2020 menyinsing.

TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Dalam era transformasi ini, seluruh minda dan kudrat rakyat perlu digembleng untuk memacu kemajuan negara dalam persekitaran global yang lebih mencabar.

Pendidikan Yang Berkualiti dan Inovasi

Pelaksanaan empat inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi sektor pendidikan, yang bertujuan untuk memperluas akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan

Modal Insan Yang Berpengetahuan

guru inovasi yang mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara kritis, kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.

Terima Kasih Guru

Berkat sentuhan para gurulah, lahirnya insan-insan yang terdidik dengan ilmu dan adab, yang kini berada di setiap lapangan ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya untuk menggerakkan kemajuan bangsa dan nusa. Kejayaan negara kita beralih daripada sebuah negara berasaskan ekonomi pertanian kepada sebuah negara perindustrian baru yang pesat berkembang, sebahagian besarnya adalah kerana jasa dan bakti para guru.

Friday, September 13, 2013

FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN

FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN 
-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu

KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

1. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
2. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
3. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
4. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
5. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita,elemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang
6. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77
7. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18
8. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
9. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz
10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan."~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah.Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz
12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur.Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan
digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

MENULIS KARANGAN PMR DAN SPM



Karangan Berformat
Karangan dalam bahagian ini terdiri daripada syarahan, ucapan, ceramah, perbahasan, rencana, laporan, surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, wawancara, ulasan buku, cerpen dan drama.
Setiap bentuk karangan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri, seperti berikut:

1. Perbahasan, ceramah, syarahan, ucapan
(menghadap majlis/kata alu-aluan, penghargaan kepada audien seperti ucapan tuan-tuan dan puan-puan, penutup)
2. Surat kiriman rasmi
(nama dan alamat pengirim, nama dan alamat penerima, tarikh, menghadap surat, tajuk, tandatangan)
3. Rencana, laporan, cerpen
(tajuk, nama penulis)
4. Wawancara
(pendahuluan, berbentuk dialog)
5. Ulasan buku
(judul buku, nama penulis, nama penerbit, nama pengulas)
6. Skrip drama
(judul drama, nama penulis, latar tempat/masa, dialog)

Karangan Tidak Berformat

Karangan tidak berformat merangkumi kategori penulisan yang berikut, iaitu perbincangan/bincangkan, perbahasan/bahaskan, ulasan, komen, fakta, pendapat, penjelasan/jelaskan, cadangan, gambaran/imaginasi.

MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN

Jenis-jenis pendahuluan :-
(i) pendahuluan jenis definisi
(ii) pendahuluan jenis pendapat
(iii) pendahuluan jenis suasana
(iv) pendahuluan jenis persoalan
(v) pendahuluan jenis peribahasa


PENDAHULUAN JENIS DEFINISI ·

memberikan takrif · makna · definisi
Contoh : Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan.Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa.


PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -

menyatakan pendapat seseorang tokoh
Contoh : Menurut Y.A.B Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi dalam masa yang sama meneruskan pembangunan.

PENDAHULUAN JENIS SUASANA -

menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.
Contoh : Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.


PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -

mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk
Contoh: Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?


PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -

memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.
Contoh: Peribahasa Melayu ' ringan sama dijinjing, berat sama dipikul' dan 'seperti aur dengan tebing ' amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti.


MENULIS PERENGGAN ISI

Jenis-jenis perenggan:
- perenggan deduktif
- perenggan induktif
- perenggan gabungan induktif dan deduktif

PERENGGAN DEDUKTIF

isi penting huraian isi contoh-contoh
Contoh soalan : Laporan tentang punca-punca pelajar kurang berminat menggunakan perpustakaan sekolah. Punca pertama, walaupaun pihak perpustakaan telah cuba sedaya upaya mendapatkan buku-buku untuk kegunaan pelajar, tetapi kebanyakan buku yang disediakan sudah terlalu lama. Isi buku-buku tersebut sudah ketinggalan zaman dan tidak dapat memenuhi keperluan pelajar. lagipun terdapat banyak buku yang mengalami kerosakkan . Contohnya , masih tedapat buku-buku yang diterbitkab pada tahun 60-an dan 70-an. Isi Buku yang disediakan sudah terlalu lama Huraian Isi buku-buku tersebut sudah ketinggalan zaman dan tidak dapat memenuhi keperluan pelajar. Lagipun tedapat banyak buku yang mengalami kerosakkan. Sebagai ontohnya, masih terdapat buku-buku yang diterbitkan pada tahun 60-an dan 70-an.

PERENGGAN INDUKTIF

huraian isi contoh-contoh isi penting
Contoh soalan : Sebab-sebab berlakunya kemalangan jalan raya. Selekoh yang tajam , jalan berlopak, cahaya lampu, cahaya matahari, dan hujan juga merupakan punca terjadinya kemalangan jalan raya . Misalnya, jalan menuju ke Genting Highlandmempunyai banyak selekoh yang tajam dan berbahaya kepada pengguna jalan tersebut. Jelaslah kepada kita bahawa factor alam dan keadaan jalan raya itu sendiri juga merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara ini. Huraian Selekoh yang tajam , jalan belopak, cahaya lampu, cahaya matahari, dan hujan juga merupakan punca terjadinya kemalangan jalan raya. Contoh Misalnya, jalan menuju ke Genting Highlands Isi Jelaslah kepada kita bahawa faktor alam dan keadaan jalan raya itu sendiri juga merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara ini.


PERENGGAN GABUNGAN INDUKTIF DAN DEDUKTIF

isi penting huraian isi contoh-contoh isi penting
Contoh Soalan: Mengatasi masalah inflasi. Akhirnya, usaha yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan dalam menangani masalah ini ialah melalui kempen. Kempen yang dijalankan secara bersungguh-sungguh serta mendapat sokongan daripada semua pihak sudah tentu akan memberi kesan dan kesedaran yang positif kepada para pengguna. Misalnya , dengan menghidupkan semula laungan, "Belilah Barangan Buatan Malaysia". Oleh itu, kempen –kempen yang terancang hendaklah dilaksanakan dengan kadar yang segera agar pengguna dapat disedarkan daripada lena yang panjang. Isi Akhirnya, usaha yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan dalam menangani masalah ini ialah melalui kempen. Huraian Kempen yang dijalankan secara bersungguh-sungguh serta mendapat sokongan daripada semua pihak sudah tentu akan memberi kesan dan kesedaran yang positif kepada para pengguna. Contoh misalnya , dengan menghidupkan semula laungan, "Belilah Barangan Buatan Malaysia". Isi Oleh itu, kempen-kempen yang terancang hendaklah dilaksanakan dengan kadar yang segera agar pengguna dapat disedarkan daripada lena yang panjang.

MENULIS PERENGGAN PENUTUP -

Kesimpulan mestilah lembut tetapi berkesan -
Jangan mengulangi isi-isi yang telah dikemukakan -
Gunakan penanda wacana yang sesuai

Contoh :-

(i) Kesimpulannya, kita perlulah berhati-hati apabila menerima kedatangan pekerja asing kerana pelbagai masalah sosial yang dibawa oleh mereka. Mereka seharusnya ditapis sebelum diterima bekerja di sini.

(ii) Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menjadi pengguan yang bijak dan bergabung tenaga untuk membanteras inflasi.Ini sejajar dengan wawasan Perdana Menteri kita yang berkeyakinan bahawa inflasi di Malaysia boleh mencapai nilai 0%.

(iii) Jelaslah kepada kita bahawa semua pihak memainkan peranan yang penting dalam usaha membantu kerajaan membendung masalah inflasi merupakan masalah kita bersama. Masalah inflasi tidak akan menjadi gawat dan membimbangkan sekiranya semua pihak mempunyai kesedaran.

(iv) Natijahnya, sektor perindustrian bukan sahaja mendorong pertumbuhan ekonomi Negara malah mengembleng tenaga belia ke arah penerokaan suatu bidang baru . Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung pelbagai masalah negatif dalam sektor ini untuk menjamin keutuhan dan kejayaannn sektor perindustrian di Malaysia.

(v) Pada keseluruhannya, lawatan sambil belajar itu sungguh berjaya. Menurut beberapa orang ahli yang ditemu ramah, mereka sedar bahawa kegiataan penubaan ikan merupakan satu cara yang tidak bermoral. Sebaliknya , penternakan ikan di dalam sangkar perlu digalakkan bagi mendapatkan hasil yang lumayan di samping dapat mengelakkan keracunan dan pencemaran sungai.

PANDUAN MEMBUAT PERENGGAN :

Untuk menghasilkan perenggan yang baik dan berkesan :
1. Tentukan ayat-ayatnya berkait.
2. Ada kesatuan dan pertautan isi.
3. Kesatuan hanya dapat dicapai jika isi yang berkait sahaja dipilih.
4. Pertautan pula dapat dicapai dengan menggunakan penanda wacana. Contohnya: selain itu, tambahan lagi, di samping itu, juga, seterusnya dan selanjutnya.

PERENGGAN DALAM KARANGAN RESPONS TERBUKA.
1. Perenggan pengenalan
2. Perenggan isi
3. Perenggan kesimpulan

PERENGGAN PENGENALAN :
Terdapat dua jenis ayat dalam perenggan pengenalan karangan respons terbuka iaitu :
1. Ayat rangsangan.
2. Ayat arah.

AYAT RANGSANGAN :
Ayat rangsangan ialah ayat yang berkaitan dengan tema atau soalan karangan. Kebiasaannya, ayat 1 hingga ayat 4 pengenalan merupakan ayat rangsangan (AR). Ayat rangsangan tidak membincangkan perkara yang akan disentuh dalam perenggan isi.

Soalan contoh :
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terus berlaku ?
(AR1) : Dalam tempoh 10 tahun belakangan ini, peperangan telah berlaku di merata-rata kawasan di dunia ini.
(AR2) : Peperangan ini melibatkan negara-negara yang berjiran atau negara-negara yang mempunyai idealogi yang bertentangan.
(AR3) : Peperangan juga berlaku disebabkan oleh sikap sesetengah kuasa besar yang ingin menguasai negara kecil demi memenuhi kepentingan ekonomi mereka atau amaran kepada negara lain.
(AR4) : Dalam akhir abad yang lalu, negara Bosnia telah berperang dengan negara Serbia, Amerika Syarikat telah menyerang negara Afganistan dan Iraq, dan banyak lagi.

AYAT ARAH :
Ayat arah ialah ayat yang menjawab soalan karangan. Ayat ini ialah ayat yang menjurus kepada kehendak karangan atau ayat yang menyatakan fokus utama perbincangan karangan.
Soalan contoh :
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terus berlaku ?

Ayat arah :
Kesemua siri peperangan yang berlaku ini sebenarnya banyak menimbulkan kesan yang negatif, baik kepada negara mahupun kepada masyarakat dunia yang lain.

PERENGGAN ISI :
1. APAKAH AYAT TOPIK ?
Ayat topik menyatakan isi utama yang ingin disampaikan dalam sesuatu perenggan. Ayat topik mempunyai perkara pokok atau satu aspek yang ingin dinyatakan tentang perkara pokok tersebut. Biasanya pernyataan sesuatu aspek itu akan dapat memberikan fokus kepada penulis dan pembaca. Ayat topik bertindak sebagai satu kawalan dalam penulisan isi (isi sokongan) dalam sesuatu penulisan.

2. APAKAH AYAT HURAIAN ?
Ayat topik perlu disokong oleh ayat huraian yang terdiri daripada isi sokongan. Isi sokongan pula boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti fakta, pendapat, peristiwa, sebab dan akibat, statistik dan contoh. Biasanya, isi sokongan dapat memberikan bukti, menghuraikan idea atau menjawab soalan yang dikemukakan oleh isi utama dalam ayat topik, dan isi tersebut mestilah berkait antara satu sama lain. Dalam penghasilan isi dan penulisan ayat huraian, isi kawalan dalam ayat topik menjadi dasar utama.

3. APAKAH AYAT PENYIMPUL ?
Ayat penyimpul terdiri daripada tiga jenis iaitu :
1. Ayat yang menyatakan semula ayat topik.
2. Ayat yang menyimpul keseluruhan isi dalam perenggan.
3. Ayat menyimpul yang menghubungkan perenggan.

4. MASUKKAN PERIBAHASA ATAU UNGKAPAN MENARIK YANG RELEVEN DENGAN TOPIK YANG DISENTUH.
Soalan contoh :
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terus berlaku ?
Contoh peribahasa/ ungkapan yang boleh digunakan:
1. Kalah jadi abu, menang jadi arang.
2. Jong pecah yu kenyang.
3. Kalau terbakar padang, maka terbakar belalang.
4. Air mata jatuh ke perut.

PERENGGAN PENUTUP :
Penutup merupakan kesimpulan daripada huraian yang telah ditulis dalam perenggan isi. Penutup merupakan rumusan menyeluruh yang merangkumkan keseluruhan karangan dalam satu penerangan yang padat. Tanpa kesimpulan, karangan berkenaan dikatakan tidak lengkap atau tidak sempurna.

JENIS AYAT DALAM PERENGGAN PENUTUP:
1. Ayat kesimpulan umum
2. Ayat pendapat
3. Ayat cadangan
4. Ayat komen
5. Ayat penilaian
6. Ayat harapan
7. Ayat penutup

Ayat kesimpulan umum : Masalah disiplin.
Tuntasnya, jelaslah bahawa masalah disiplin yang berlaku dalam karangan murid di sekolah disebabkan oleh kurangnya kasih sayang daripada keluarga.

Ayat pendapat : Kesan peperangan.
Kesimpulannya, semua peperangan yang berlaku di mana-mana bahagian dunia ini banyak membawa kesan buruk, baik kepada negara itu sendiri mahupun kepada negara lain.

Ayat cadangan : Kesan peperangan.
Oleh itu, setiap pihak atau negara yang berkenaan mestilah mencari jalan yang terbaik atau berunding supaya peperangan dapat dielakkan.

Ayat komen : Ulasan cerpen.
Cerpen ini mampu untuk memberikan kesedaran, khususnya kepada remaja, betapa kejayaan dapat dicapai oleh sesiapa sahaja jika ada kesungguhan, kecekalan, semangat, dan kemahuan yang tinggi.

Ayat penilaian : Kesan peperangan.
Jika langkah ini tidak diambil, negara di seluruh dunia akan menghadapi masalah atau menerima kesan daripada peperangan tersebut.

Ayat harapan : Kepentingan perpaduan.
Jadi, rakyat harus sedar akan kepentingan perpaduan kerana sekali perpaduan itu runtuh, maka susah untuk mewujudkannya semula.Ingatlah pepatah Melayu yang mengatakan bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Ayat Penutup: Kesan peperangan
Peperangan merupakan kejadian yang sia-sia kerana peperangan ini tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu kalah jadi abu, menang jadi arang.

Rujukan:
1. Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, DBP.
2. Abdul Ghalib Yunus ; Dr Ghazali Lateh, Esensi Bahasa Malaysia SPM, Longman.

Friday, June 29, 2012

PERSEDIAAN AWAL UNTUK TISU KULTUR

BEGINI CARA UNTUK MENYEDIAKAN MEDIAM SEBELUM JALANI TISU KULTUR

Thursday, June 28, 2012

(KH) Tingkatan 2 TANAMAN HIASAN




TANAMAN HIASAN
A.    Pemasuan Semula
1.     Kelebihan menanam tanaman dalam pasu
                                                        i.            Tanaman mudah dialihkan
                                                      ii.            Tidak memerlukan kawasan yang luas
                                                    iii.            Boleh disusun dengan susunan yang menarik
2.     Kekurangan menanam tanaman dalam pasu
                                                        i.            Terhad kepada beberapa jenis tanaman kecil sahaja
                                                      ii.            untuk tanaman jangka masa singkat sahaja
                                                    iii.            perlu pemasuan semula apabila tanaman kurang subur
                                                        i.            Pasu retak atau pecah
                                                      ii.            Pasu terlalu padat dengan akar tanaman
                                                    iii.            Tanaman terlalu besar atau terlalu merimbun
                                                   iv.            Tanaman tidak lagi subur akibat kekurangan nutrien
                                                     v.            Tanaman kurang segar dan berpenyakit

Pasu retak hendaklah ditukar

Tanaman hiasan terlalu merimbun

Akar keluar daripada lubang saliran
4.     Menyediakan Medium Pemasuan
                                                        i.            Medium memasu terdiri dari i. Tanah loam ii. Bahan Organik iii. Pasir Sungai
                                                      ii.            Nisbah medium memasu ialah
Tanah Loam
Bahan Organik
Pasir Sungai
3
2
1
                                                    iii.            Semua bahan medium hendaklah ditapis agar menjadi lebih halus dan tidak mengandungi bahan asing.
                                                   iv.            Sukat bahan medium dengan nisbah 3:2:1 atau 7:3:2

Campuran medium memasu
                                                     v.            Gaulkan sehingga rata
5.     Alatan Pemasuan Semula
Baldi
Bal
Penapis
Baldi
Skop

Penyiram
B.    Memilih Pasu
                                i.            Pasu boleh dibeli atau menggunakan semula pasu sedia ada
                              ii.            Di pasaran terdapat beberapa jenis pasu

Pasu tanah liat

Pasu plastik

Pasu seramik
                            iii.            Pasu boleh didapati dalam pelbagai saiz , kecil, besar leper dab gantung
C.    Menyediakan Pasu
                                .            Pilih jenis pasu yang sesuai dengan tanaman dan kedudukan letak pasu tersebut
                                i.            Pilih pasu yang lebih besar daripada pasu asal
                              ii.            Jika menggunakan pasu baru , rendam semalaman dalam air
                            iii.            Jika menggunakan pasu terpakai, rendam dalam larutan formalin semalaman untuk membunuh bakteria
                           iv.            Tutup lubang pasu dengan serpihan pasu atau dengan batu kelikir untuk menggelakkan medium keluar ketika menyiram
D.   Langkah-langkah Pemasuan Semula
                                .            Lembabkan medium tanaman
Medium disiram untuk melembabkannya
                                i.            Pangkas / buangkan akar yang terkeluar daripada lubang saliran
                              ii.            Pegang pangkal pokok dan tarik keluar tanaman daripada pasu
                            iii.            Jika tidak berjaya , tunggingkan pasu dan ketuk perlahan-lahan
                           iv.            Apabila telah keluar ,pangkas /buang dahan-dahan yang tidak diperlukan
                             v.            Buang 1/3 daripada medium yang lama
Buang medium dengan sudip tangan
                           vi.            Gunakan pasu baru yang lebih besar atau basuh dan bersihkan pasu.
                         vii.            Masukan medium baru 1/3 dalam pasu.
                       viii.            Masukan tanaman hiasan tersebut
Masukan tanaman hiasan ke dalam pasu yang disediakan
                            ix.            Tambahkan medium sehingga 2.5 cm daripada bibir pasu.
                              x.            Siram dan letakkan ditempat yang teduh

Memasu juga adalah proses memindahkan anak pokok daripada beg poli ke dalam pasu
E.    Penjagaan tanaman
·  Menyiram

        o                                    Penyiraman dilakukan pagi dan petang
        o                                    Gunakan alat penyiram yang mempunyai muncung halus
        o                                    air siraman akan melarutkan nutrien dan membantu proses fotosintisis
·  Membaja

Membaja
        o                                    Membaja akan membolehkan pokok terus hidup dan subur
        o                                    Gunakan baja organik atau baja kimia
·  Merumput

        o                                    Merumput bermaksud membuang rumput rumpai
        o                                    Rumput rumpai adalah tumbuhan yang tidak diperlukan oleh tanaman di dalam pasu
        o                                    Rumput rumpai adalah pesaing tanaman untuk mendapatkan nutrien , air dan ruang
        o                                    Rumput rumpai boleh dibuang dengan menggunakan tangan atau serampangan tangan
·  Mengembur


        o                                    Menggembur bermaksud aktiviti meloggarkan medium
        o                                    medium yang telah digembur dan loggar akan
a.       Memudahkan air mengalir
b.      Memudahkan akar menembusi medium
c.                   Membaiki pengudaraan


F.     Mengawal serangan musuh
        i.            Musuh tanaman hiasan adalah seperti serangga perosak, siput babi dan penyakit
      ii.            Serangga perosak dikawal dengan menyembur tanaman dengan racun serangga
    iii.            Siput babi dikawal decngan umpan beracun

(KH) Tingkatan 2 -teknik lukisan


Lukisan Teknik


  1. Alatan Lukisan Teknik
1.     Pensil
§         Pensil sesuai digunakan ialah bergred 2H, HB, dan 2B
§         Hujung mata pensil hendaklah sentiasa tajam

Pensil keras (2H,4H) 

Pensil sederhana (H,B) 

Pensil lembut (2B) 

Pensil Mekanikal
2.     Pemadam
§         Dibuat daripada getah lembut.
§         Digunakan untuk memdam garisan dan tanda yang tidak dikehendaki
3.     Pembaris
§         Digunakan untuk memindahkan ukuran
§         Jenis yang biasa digunakan iaialah bersengatan 300mm/12inci.
4.     Kertas Lukisan
§         kertas lukisan terbahagi kepada 3 jenis
a.      Kertas lukisan biasa 
- digunakan untuk melukis lukisan prespektik, lukisan ortografik, lukisan oblik dan lukisan isometrik
b.     Kertas gred 
- digunakan untuk asas melukis lukisan oblik kabinet dan oblik kavilier
c.      kertas isogred 
- digunakan untuk asas melukis lukisan isometrik

Kertas Lukisan

Kegunaan kertas lukisan

Kertas isogred

Kegunaan kertas isogred

Kertas gred

Kegunaan kertas gred
7.     Papan Lukisan
§         Digunakan untuk meletakkan kertas lukisan
8.     Sesiku T
§         Digunakan membina garisan lurus mendatar
§         Digunakan juga sebagai tapak untuk membina garisan tegak dan serong/condong dengan set sesiku
9.     Set sesiku

sesiku 30°/60°

Sesiku 45°
10. Jangka tolok
§         Digunakan untuk memindahkan jarak daripada pengukur ke atas garisan di atas kertas
11. Jangka lukis
§         Digunakan untuk melukis bulatan dan garisan lengkok
§         Membina berbagai-bagai jenis sudut
B.    Jenis Garisan
1.     Garisan mendatar
§         Garis mendatar ialah garisan yang selari dengan panjang kertas 

Cara melukis garis mendatar
2.     Garisan menegak
§         Garis mendatar ialah garisan yang selari dengan lebar kertas 

Cara melukis garis menegak
3.     Garisan bersudut
§         Garis mendatar ialah garisan yang condong dan mempunyai sudut-sudut tertentu
§         Garisan bersudut 45° , 30° dan 60° boleh dihasilkan dengan menggunakan set sesiku 

Cara melukis garis bersudut 30°

Cara melukis garis bersudut 45°
4.     Garisan tepi
§         Garisan yang dikenali sebagai garisan sempadan
§         Dilukis dengan pensil H atau B
5.     Garisan benda
§         Garisan yang tebal dan hitam, digunakan untuk menunjukkan garisan objek/benda
6.     Garisan Lakaran
§         Garisan yang halus, digunakan untuk asas membina objek
7.     Garisan tersembunyi
§         Garisan yang dipusutkan garis-garis pendek
§         Digunakan untuk menunjukkan garisan objek yang tidak boleh kelihatan
8.     Garisan tengah
§         Garisan yang diputuskan oleh titik-titik
§         Digunakan untuk menunjukan bahagian tengah objek
9.     Garisan keratan
§         Garisan yang menunjukkan kawasan keratan sesuatu objek
§         Ia dilukis condong 45° dan selari di antara satu sama lain
10. Garisan dimensi
§         Garisan yang halus dan mempunyai anak panah dihujungnya
§         Digunakan untuk menunjukkan panjang, lebar dan tinggi sesuatu objek
C.    Bentuk Geometri
1.     Bulatan
§         Dilukis dengan menggunakan jangka lukis

Diameter dan jejari bulatan

Melukis bulatan dengan jangka lukis
2.     Segi tiga
§         Dilukis dengan menggunakan jangka lukis dan set sesiku

Segi tiga sama

Segi tiga tepat

Segi tiga dua sama
3.     Segi empat
§         Dilukis dengan menggunakan jangka lukis dan set sesiku

Segi empat tepat

Segi empat sama
D.   Jenis Lukisan
o        Lukisan teknik terbahagi kepada 2 : 
a. Lukisan 2 dimensi - Lukisan ortografik 
b. Lukisan 3 dimensi - Lukisan oblik , lukisan isometrik dan lukisan prespektif
2.     Lukisan Isometrik
§         Lukisan isometrik adalah lukisan 3 dimensi
§         Lukisan isometrik terbina di atas paksi isometrik
§         Paksi isometrik terdiri daripada 
- satu garisan mendatar 
- satu garisan tegak 
- dua garisan condong/serong bersudut 30º

Lukisan isometrik di atas paksi isometrik 
  
Isometrik
  

Pelan
3.     Lukisan Oblik
§         Lukisan oblik adalah lukisan 3 dimensi
§         Lukisan oblik terbahagi 2 
- Oblik kabinet 
- Oblik kavilier
§         Lukisan oblik terbina di atas paksi oblik
§         Paksi oblik terdiri daripada 
- satu garisan mendatar 
- satu garisan tegak 
- satu garisan condong/serong bersudut 45º

Lukisan oblik di atas paksi oblik
4.     Lukisan Ortografik
§         Lukisan ortografik adalah lukisan pelan
§         Lukisan ortografik terbina di atas paksi ortografik
§         Paksi ortografik terdiri daripada 
- satu garisan tegak dan satu garisan mendatar yang bersilang antara satu sama lain 
- satu garisan condong/serong yang bermula daripada titik silang garisan tegak dan garisan mendatar

Melukis unjuran ortografik di atas kertas lukisan

Melukis unjuran ortografik di atas kertas gred
5.     Mendimensi lukisan
§         Mendimensi bermaksud memberikan ukuran kepada garisan lukisan
§         Digunakan untuk menunjukkan saiz sesuatu projek supaya mudah dibina
§         Semua garisan dimensi dilukis halus dengan pensil 2H
§         Setiap garisan dimensi dilukis kepala anak panah
Beberapa cara dimensi yang betul
Garis yang panjang 
 atau 
Garis yang pendek 

Contoh Mendimensi Ortografik ; Tinggi, lebar dan bulatan /separa bulatan


Blog Yang Popular - Marilah Belajar

BAHASA MALAYSIA

BAHASA INGGERIS

SCIENCE

MATEMATIK

Kandungan E Learning Portal

kEMAHIRAN HIDUP

BAHASA CINA

PERDAGANGAN

Labels

BIOLOGI

FIZIK

KIMIA

SELAMAT BELAJAR

Kitaro Music