BAB 7 : PELABURAN
a} Maksud Pelaburan.
Pelaburan ialah suatu
tindakan menangguhkan penggunaan wang pada masa
ini dengan harapan untuk
mendapatkan pulangan pada masa hadapan.
b) Perbezaan di antara Pelabur dan
Spekulator.
Pelabur
|
Spekulator
|
1. Membeli syer untuk mendapatkan
pulangan dalam bentuk
dividen/syer
bonus.
|
1. membeli syer pada harga rendah
dan jual pada harga yang
tinggi
untuk mendapatkan keuntungan.
|
2. Beli syer untuk disimpan dalam
jangka masa panjang dengan
harapan prestasi syarikat berkem-
bang dan harga syernya naik.
|
2. Membeli dan menjual syer dalam
jangka masa singkat untuk
mendapatkan keuntungan daripada
perbezaan harga.
|
3. Penglibatan pelabur mencergaskan
pasaran saham dan mengukuhkan
harga pasaran.
|
3. Penglibatan Spekulator melemahkan
pasaran saham kerana harga
saham
turun dan naik dengan tidak
menentu.
|
4. Pelabur sentiasa berhati-hati
melakukan analisis kewangan dan
memperolehi maklumat prestasi
syarikat sebelum membeli saham
syarikat.
|
4. Spekulator sentiasa membuat
ramalan sesuatu harga syer.
Tindakannya dipengaruhi khabar
angin, sikapnya keterlaluan
boleh
menjejaskan pasaran saham.
|
JENIS PELABURAN.
a) Akaun Simpanan Tetap/Akaun Pelaburan.
-
melabur di bank/institusi kewangan.
-
Pelaburan tanpa risiko.
-
Keuntungan rendah.
-
Menyimpan untuk suatu tempoh tertentu.
-
Kelebihan :
1. Pulangan tetap.
2. Simpanan selamat.
3. Simpanan boleh dikeluarkan atas
permintaan.
b) Harta Tanah.
-
Contoh : Pembelian seperti tanah, kedai/pejabat, rumah, ladang
dsb.
mendapat pulangan dalam bentuk keuntungan modal dan
pendapatan semasa.
c) Saham.
-
pelaburan yang dibuat oleh Sy. Berhad untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk
dividen atau bonus.
-
Tujuan Syarikat Berhad menerbitkan saham ialah untuk mengumpulkan modal bagi
mengembangkan syarikat.
- 2 jenis
iaitu : (i) Saham disenaraikan.
- saham syarikat diurusniagakan di
pasaran saham.
(ii) Saham tidak disenaraikan.
- saham yang tidak diurusniagakan di pasaran saham
secara rasmi.
(i). Jenis Saham.
Perbezaan di antara syer
biasa dengan syer keutamaan.
Syer Biasa.
|
Syer
Keutamaan.
|
1. Kadar dividen sentiasa berubah
mengikut keuntungan
syarikat.
|
1. Kadar dividen ditetapkan oleh
syarikat setiap tahun.
|
2. Pemegang syer menerima dividen
setelah pemegang syer keutamaan
menerima dividen mereka.
|
2. Pemegang syer dibayar dividen
terlebih dahulu daripada
pemegang
syer biasa.
|
3. Pelabur berhak mengundi untuk
memilih Lembaga Pengarah di
dalam
mesyuarat agung tahunan.
|
3. Pelabur tidak berhak mengundi.
|
4. Pihak terakhir untuk menuntut balik
modal jika syarikat dibubarkan.
|
4. Diberi keutamaan menuntut balik
modal jika syarikat dibubarkan.
|
Syer keutamaan dibahagi kepada 4 jenis :
- Kumalatif.
- dibayar dividen semasa dan tunggakan dividen jika
syarikat rugi pada
tahun kewangan
lepas.
- Penyertaan.
-
kadar dividen tetap dan dividen tambahan dibayar selepas pembayaran dividen
kepada pemegang syer biasa.
- Boleh
Tebus.
-
Harga syer ditetapkan semasa syer itu diterbitkan.
-
Syer ini boleh dibeli oleh syarikat pada jumlah harga tertentu selepas suatu
tempoh masa.
- Boleh
tukar.
- Syer yang
boleh ditukar kepada syer biasa.
- Pemegang syer
akan terima faedah sepertimana pemegang syer
biasa.
(ii) Pulangan atas saham.
-
dalam bentuk syer bonus, dividen dan keuntungan
modal.
Contoh Pengiraan Pulangan Daripada
Bidang Pelaburan.
Kes Puan Salmi memiliki 5000 8% syer
keutamaan bernilai RM 2.00 seunit. 5000 syer biasa bernilai RM 1.00, dan RM
3000 debentur pada kadar faedah 6% dalam Syarikat ABC Bhd. Bagi tahun
berakhir 31 Disember, 2003, syarikat itu telah mengistiharkan pembayaran
dividen
12 % terhadap syer biasa.
Kirakan jumlah pendapatan Puan Salmi daripada
pelaburannya pada tahun 2003.
Cara Pengiraan :
i). Pendapatan dari syer keutamaan.
5000 x RM 2.00 x 0.08 = RM 800.00
ii) Pendapatan dari syer biasa.
5000 x RM 1.00 x 0.12 = RM 600.00
iii) Pendapatan dari Debentur.
RM 3000 x
0.06 =
RM 180.00
iv) Jumlah Pendapatan.
RM 800.00 + RM 600.00 + RM 180.00 = RM 1580.00
iii)
Peranan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
1.
Mewujudkan peluang pasaran bagi saham.
– BSKL menyediakan tempat untuk memudahkan pelabur
menjalankan urusniaga syer.
2.
Menyebarkan maklumat kewangan syarikat kepada orang lain. - melalui media
massa tentang kedudukan kewangan
sesebuah syarikat.
3.
Melindungi kepentingan para pelabur.
dengan cara :-
- mengenakan syarat-syarat penyeneraian yang
ketat.
- mewajibkan broker menyumbang wang tertentu kepada
Tabung Jaminan Setia untuk dibayar pampasan kepada
para pelabur yang tertipu.
- mewajibkan semua syarikat awam menerbitkan maklumat
tentang operasi, prestasi keuntungan untuk pengetahuan
para pelabur.
4.
Menjalankan urusniaga saham.
- untuk memudahkan pelabur menjual syer dan
perolehi
Wang tunai pada bila-bila masa.
5.
Membantu mengumpulkan modal daripada orang ramai untuk pembangunan negara.
6.
Menimbulkan minat melabur di kalangan orang ramai dengan menganjurkan pelbagai
program.
Faktor – faktor Yang Mempengaruhi Harga Saham.
1.
Keadaan ekonomi Negara.
- Jika ekonomi kukuh, pelaburan meningkat, maka
harga
Saham naik dan sebaliknya.
2.
Keadaan Politik.
- Jika politik stabil, pelaburan meningkat, harga
saham naik
dan sebaliknya.
3.
Aktiviti Spekulasi.
-Spekulator yang membeli dan menjual syer
akan
Mempengaruhi turun naik harga syer.
4.
Kualiti Pengurusan dan Prospek Syarikat.
- Syarikat yang mempunyai pengurusan yang
cekap
menyebabkan harga saham naik dan sebaliknya.
5.
Dasar kewangan dan kadar faedah yang dilaksanakan oleh BNM.
- Jika kerajaan menggalakkan penawaran wang
di
pasaran, maka BNM akan mengurangkan kadar faedah
pinjaman.
- Ini mengggalakkan orang ramai meminjam untuk membuat
pelaburan. Maka harga saham meningkat dan sebaliknya.
Cara Membeli dan Menjual Saham.
- Bagi
saham yang tidak disenaraikan di BSKL ialah melalui broker saham.
- Bagi
menjual saham tersenarai di BSKL seperti berikut :
(i). Penjual hubungi broker
untuk memberitahu butir-butir saham yang
hendak dijual.
(ii). Broker menghantar maklumat tersebut di bilik
padanan diBSKL.
(iii).
Tawaran tersebut dipadankan dengan senarai pembeli sedia ada.
Jika wujud persetujuan antara pembeli dengan penjual maka
Urusniaga berlaku.
d) Unit Amanah.
-
Sejenis pelaburan yang mengumpul wang dari orang ramai.
-
Diuruskan oleh pengurus professional.
-
Sesuai untuk pelabur-pelabur kecil.
-
Risiko kerugian rendah.
-
Pelaburan Unit Amanah terdiri daripada Amanah Saham, Amanah Harta tanah dan
Gilts.
PANDUAN AM MELABUR.
1.
Pelabur perlu mendapat maklumat lengkap tentang bidang pelaburan yang ingin
diceburi.
2.
Pastikan keuntungan maksimum boleh diperolehi samada melalui kadar faedah,
dividen dan keuntungan ke atas modal.
3.
Mengambilkira risiko dalam pelaburan. Jika pelabur kurang mahir, boleh melabur
dalam pelaburan yang kurang risiko
dan
sebaliknya.
4. Modal sedia ada.
Sekiranya pelabur bermodal kecil sesuai
melabur dalam pelaburan berisiko rendah seperti Unit Amanah
atau di bank.
5. Kecairan ialah sesuatu aset mudah
ditukar kebentuk wang
tunai.
Contoh : aset mudah cair – simpanan di bank.
aset tidak mudah cair –
harta tanah.