BAB 6 : PEMILIKAN PERNIAGAAN
CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN
1. Memulakan sendiri
- menubuhkan sesuatu
perniagaan baru atas usaha sendiri.
- usahawan perlu
modal, pengetahuan, pengalaman, minat dan kebolehan.
- usahawan bebas
menguruskan perniagaan mengikut gaya dan
kreativiti sendiri.
2. Mengambil alih
- membeli sesebuah
perniagaan yang sedia wujud.
- perniagaan yang di
ambil alih menguntungkan dan berpotensi maju.
- pengambilalihan
perniagaan yang berprestasi baik disebut ‘muhibbah’ (goodwill) dan perlu
membayar ‘wang muhibbah’.
3. Warisan
- mewarisi
perniagaan daripada ahli keluarga. Contoh kedai kain
Globe Silk Store
4. Francais
- hak atau kebenaran
untuk menjual barang syarikat lain yang sudah
terkenal dengan menggunakan jenama dan logonya.
- Syarikat yang
diberi hak ialah francaisi.
- Syarikat yang
memberi hak francais dikenali francaisor.
- Francaisi
dibantu dan dibimbing oleh francaisor
- sebagai balasan
francaisi dikehendaki membayar royalti dan
mematuhi syarat.
- Contoh Marrybrown,
England Optical
5. Diundang
- usahawan dijemput
menyertai sesebuah perniagaan sebagai rakan
kongsi atau pemegang saham
- dijemput kerana kepakaran,
pengalaman, modal atau keistimewaan yang diperlukan untuk mengendalikan
perniagaan.
FAKTOR DIPERTIMBANGKAN MEMULAKAN
PERNIAGAAN
1. Mempunyai minat,
pengetahuan dan pengalaman.
2. Memastikan modal
mencukupi
3. Memastikan jenis
perniagaan diceburi sesuai dengan kelayakan dan
berpotensi maju.
4. Mematuhi
syarat dan peraturan perundangan dan akta perniagaan
seperti Akta Jualan Barang 1957 dan Akta Kawalan
Harga 1973.
5. Lokasi sesuai
dan strategik serta mengambil kira kos sewa,
kadar upah, persaingan ,peraturan kerajaan tempatan
dan
kuasa beli penduduk.
6. Memastikan sumber
bekalan mencukupi dan mudah diperolehi.
7. Mengenalpasti
bilangan dan kekuatan pesaing serta merancang
strategi menghadapinya.
PENGENDALIAN PERNIAGAAN
1. Pengurusan stok
- stok ialah barang
yang disimpan untuk dijual pada suatu masa
akan datang
- pengurusan stok
melibatkan aspek:
a.
Mendapatkan bekalan stok
b.
Memeriksa stok
c.
Merekod stok
d.
Menyimpan dan mengawal stok
e.
Memperaga stok
2. Pengurusan kewangan
- melibatkan:
a.
Penyimpanan rekod perakaunan dengan sempurna
- Akaun Perdagangan, Akaun
Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira
b.
Penganalisaan prestasi berdasarkan rekod
simpanan
- dinilai daripada
jumlah untung kasar dan untung bersih
serta mencari
pulangan modal.
c.
Pengambilalihan tindakan susulan untuk atasi kelemahan dan
meningkatkan prestasi perniagaan.
- kurangkan perbelanjaan, syarat kredit yang lebih
ketat, tingkatkan promosi.
3. Pengurusan sumber manusia
a.
Meningkatkan kecekapan pekerja melalui
pengkhususan dan
latihan kemahiran
b.
Menjaga kebajikan pekerja seperti menyediakan
tempat
penginapan, gaji, bonus, perubatan percuma serta
kemudahan riadah dan ibadat.
c.
Mewujudkan hubungan yang baik, mesra dan
harmonis antara
pekerja dan majikan.
d.
Mematuhi undang-undang berkaitan hak
pekerja seperti
Akta Pekerja 1955. Akta Keselamatan Sosial 1969 dan
Ordinan KWSP 1955.
4.
Pengurusan masa
-
usahawan perlu menyusun dan merancang
aktiviti menurut
keutamaan dan penggunaan masa secara produktif.
5.
Pengurusan pelanggan
-
melibatkan 3 aspek:
a.
Memahami sifat pelanggan
b.
Mengenalpasti jenis pelanggan
c. Mengetahui cara melayan pelanggan.
6.
Pengurusan risiko
-
ada tiga jenis risiko
a.
Risiko boleh diinsuranskan iaitu kejadian dapat
diramalkan seperti kebakaran
b.
Risiko tidak boleh diinsuranskan iaitu tidak
dapat diramalkan
secara statistik dan kadar premium tidak dapat
ditentukan
seperti peperangan
c..
Risiko yang tidak boleh diinsuranskan tetapi boleh dikawal seperti
kerugian yang
berpunca spekulasi pelaburan.
7.
Pengurusan maklumat
- maklumat
perniagaan perlu disimmpan, dianalisis dan dikawal demi
menjamin keberkesanan pengurusan.
-
pengurusan teknologi maklumat (komputer)
dapat membantu
pengurusan maklumat dengan cekap.
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
1.
MILIKAN TUNGGAL
- perniagaan
dimiliki seorang sahaja dan didaftar atas namanya
- dasar dan
keputusan perniagaan ditentukan oleh pemilik
- pemilik
menanggung liabiliti tidak terhad
-
keuntungan tertakluk kepada cukai pendapatan individu.
Cara Menubuhkan Milikan Tunggal
- Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1965
a. Permohonan carian nama – Borang
PNA 42
b. Permohonan mendaftar nama
perniagaan – Borang A
c. Pengeluaran sijil perakuan
pendaftaran dan mempamerkan - Borang D
2.
PERKONGSIAN
- perniagaan
dimiliki oleh dua orang dan tidak melebihi 20 orang
- pendaftaran
dibuat atas nama rakan kongsi dibawah
Akta Perkongsian 1961
- ada tiga
jenis rakan kongsi
a.
Rakan kongsi aktif – menyumbang modal dan
terlibat aktif
dalam perniagaan
b.
Rakan kongsi lelap – menyumbang modal tetapi
tidak
terlibat dalam perniagaan.
c.
Rakan kongsi nominal – tidak menyumbang modal
tetapi membenarkan nama disenaraikan sebagai
salah seorang pemilik.
- semua rakan
kongsi menanggung liabiliti tidak terhad
- agihan untung
rugi dikongsi bersama mengikut nisbah yang
telah ditetapkan.
- keuntungan
perkongsian tertakluk kepada cukai
pendapatan perseorangan.
Cara Menubuhkan Perkongsian
- sama seperti
penubuhan Milikan Tunggal kecuali mengisi
Borang A - Halaman 3
a. Permohonan
carian nama – Borang PNA 42
b. Permohonan
mendaftarkan perniagaan – Borang A
c. Pengeluaran
sijil perakuan pendaftaran dan dipamerkan
- SYARIKAT
SENDIRIAN BERHAD
- mempunyai
antara 2 – 50 pemegang saham
- perkataan
“sendirian” bermaksud pemilik syarikat terdiri daripada
ahli keluarga dan sahabat handai.
- semua pemilik
menanggung liabiliti terhad
- saham tidak
dijual kepada orang ramai dan pindah milik saham
dibuat dengan persetujuan ahli
- syarikat
ditadbir oleh lembaga pengarah yang juga merupakan
pemegang saham syarikat itu.
- keuntungan
syarikat diagihkan kepada pemegang syer dalam
bentuk dividen dan sebahagian disimpan sebagai rezab.
Cara Menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad
- ditubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965
a. Permohonan untuk carian nama – Borang 13A
b. Permohonan untuk mendaftar syarikat
dengan mengemukakan:
i. Tatawujud
syarikat – dokumen mengenai fakta
penubuhan syarikat
ii. Tataurus syarikat – mengenai peraturan dan prosedur
pengurusan dalam
syarikat.
iii. Borang 6 (Perakuan Pematuhan)
iv. Borang
48 A (Akuan berkanun perlantikan pengarah/penaja)
v. Borang
48 F (Pengakuan sebelum perlantikan
sebagai setiausaha)
c. Serahan dokumen
d.
Pengeluaran dan mempamerkan sijil perakuan pemerbadanan syarikat - Borang
D
- SYARIKAT
AWAM BERHAD
- perkataan
awam bermaksud supaya boleh dijual kepada orang
ramai dengan menerbitkan ‘prospektus’.
- saham boleh
dijual kepada orang ramai dan boleh dipindah milik
melalui bursa saham.
- pemegang
saham dua orang dan tiada bilangan maksimum.
- pemegang
saham menanggung liabiliti terhad
- disenaraikan
di bursa saham
- Pentadbiran syarikat diserah kepada
Lembaga Pengarah
yang dilantik .
- Pemegang syer yang memiliki lebih
51% akan menguasai
Lembaga Pengarah dan kawalan
syarikat
-
ahli Lembaga Pengarah tidak semestinya
pemegang saham
- Kedudukan kewangan mesti diumumkan
kepada orang ramai
setiap tahun.
- cukai syarikat awam berhad lebih tinggi
iaitu 28%.
Cara Menubuhkan Syarikat Awam Berhad
- sama seperti syarikat sendirian berhad
tetapi:
a. Tatawujud syarikat memperihal pembatalan
Seksyen 15,
Akta Syarikat 1965
b. Menggunakan Borang 8 bukan Borang 9
c. Mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti
berkaitan prospektus dan penyenaraian syer di bursa
saham.
d. Pengedaran borang permohonan syer dan
prospektus
e. Peruntukan syer akan dibuat melalui cabutan
jika syer
dipohon melebihi jumlah yang ditawarkan
f Pengeluaran sijil perakuan
perniagaan oleh Pendaftar
Syarikat.
- KOPERASI
- Prinsip
koperasi:
a.
keanggotaan secara sukarela dan terbuka
b.
kawalan secara demokratik oleh anggota
c.
kebebasan dan autonomi
d.
penglibatan dalam pendidikan latihan dan sebaran
maklumat koperasi
e.
perhatian terhadap kebajikan masyarakat dan
sosial.
- berasaskan prinsip
tolong-menolong dan mementingkan
kebajikan anggotanya
- jenis
koperasi seperti koperasi kredit, koperasi bank,
koperasi pengguna
- contoh
Syarikat Koperasi Guru-Guru Malaysia
- pemilik ialah
pemegang syer dan bilangan minimum pemegang
syer ialah 100 dan tiada had maksimum.
- setiap
anggota tidak boleh memiliki syer melebihi 28%.
- koperasi
ditubuhkan mengikut Akta Koperasi Malaysia 1993
- liabiliti
terhad
- koperasi
dikawal oleh Lembaga Pengarah yang dipilih semasa
mesyuarat agung.
- Agihan
lebihan (keuntungan), 12 % disimpan sebagai
Simpanan Kumpulan Wang Rezab dan baki
diagih dalam bentuk dividen.
- Rebat dibayar
berasaskan jumlah belian.
- Koperasi
dikecualikan cukai
Cara menubuhkan koperasi:
a. Permohonan menubuhkan koperasi
melalui Jabatan Pembangunan Koperasi
b. Menubuhkan jawatankuasa penaja
c. Mengadakan mesyuarat agung
d. Memohon mendaftar koperasi kepada
Pendaftar Negeri.
e. Pengeluaran sijil perakuan
pendaftaran.
- PERBADANAN
AWAM
- ditubuhkan
oleh kerajaan melalui Akta Parlimen untuk
menyediakan perkhidmatan dan kemudahan asas seperti
perubatan, pendidikan dan pembinaan infrastruktur.
- ditadbir
sepenuhnya oleh kerajaan di bawah tanggungjawab
menteri yang membentuk satu lembaga untuk
pengurusan.
- Contoh
perbadanan awam ialah KWSP dan JKR.
- PENSWASTAAN
- merupakan
satu proses pemindahan kuasa kawalan,
kepentingan dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada
sektor swasta.
- sektor swasta
dijadikan sebagai rakan kongsi sektor awam dalam pembangunan negara dalam
pembangunan dan pertumbuhan
ekonomi negara.
- Contoh:
Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan
Tenaga Nasional Berhad.
Tujuan :
a. Mengurangkan beban kewangan
kerajaan
b. Menggalakkan pertumbuhan
ekonomi
c. Meningkatkan kecekapan dan
produktiviti
d. Menggalakkan agihan dan
penggunaan sumber lebih cekap
e. Memberi manfaat kepada
kakitangan dan rakyat