Friday, May 25, 2012

(BM)Tatabahasa-Kata Penegas dan Kata Nafi



Kata Penegas





Kata Penegeas atau partikel bertugas menekankan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
Menurut fungsinya sebagai penegas, kata tugas ini boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu kata penegas frasa predikat sahaja atau bahagian-bahagian dalam predikat dan kata penegas frasa subjek atau frasa apredikat.
Rajah di bawah merumuskan jenis kata penegas dan penggunaannya.
Jenis Kata PenegasKata PenegasContoh Penggunaan
Frasa predikat atau bahagian dalam predikat-kah, -tah, - lahSiapakah yang memakai baju merah itu?Yang itulah murid baru sekolah ini.
Apatah usaha kita menghidupkan semula pekan teater ini.
Frasa subjek atau frasa predikatjuga, pun, hanya, lagi, memang, sahajaPegawai juga mesti hadir (subjek)Pegawai mesti hadir juga (predikat)
Adiknya pun jurutera. (subjek)
Adiknya jurutera juga (predikat)




Kata Nafi





Kata nafi bertugas menafikan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dalam predikat.
Ada dua kata nafi iaitu bukan dan tidak.
Kata NafiContoh
bukanUniversiti swasta itu hanya menawarkan kursus-kursus sains, bukanseperti universiti awam yang menawarkan berbilang kursus.
Perdana Menteri berjumpa Bush, bukan Powell
tidakMeritokrasi tidak membebankan mana-mana pihak
Tulisan oleh penulis sensasi itu tidak benar langsung




Blog Yang Popular - Marilah Belajar

BAHASA MALAYSIA

BAHASA INGGERIS

SCIENCE

MATEMATIK

Kandungan E Learning Portal

kEMAHIRAN HIDUP

BAHASA CINA

PERDAGANGAN

Labels

BIOLOGI

FIZIK

KIMIA

SELAMAT BELAJAR

Kitaro Music