Friday, May 25, 2012

(BM)Tatabahasa-Imbuhan Kata Nama
































Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan   perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.
Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.
Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

















Imbuhan Kata Nama
Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Contoh imbuhan pada awalan ayat


AwalanVarianContoh perkataancontoh penggunaan
ke-kekerabat, ketladak, kekasihKerabat diraja itu makan di warung sahaja.
maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau bastrak
peN-pe-pewangi, peragut, pesalahOrang ramai membelasah peragutrantai itu sehingga pengsan.
pem-pemfatwa, pemproses, pemberontakMesin pemproses sawit itu mahal harganya.
pen-pensyarah, penswastaan, penagih, pendapatPensyarah itu keletihan kerana menyampaikan lima kuliah sehari
peng-pengkritik, pengamal, pengkhianat, pengacau, pengaudit, penghantar, pengasuhPengacau itu menggangu pengasuhkanak-kanak setiap hari.
penge-pengecualian, pengeluar, pengesan, pengebomPengebom berani mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri
pel-pelabur, pelajar, pelayar, pelampau, pelakonPelabur diingatkan supaya menyemak nombor kad pengenalan sebelum mengisi borang.
peR-perpertapaPertapa itu menghabiskan masa enam purnama untuk menghabiskan zikirnya.
juru-juru-jurutaip, jururunding, jurubahasaSemua tugas diserahkan kepadajurutaip, sehingga akhirnya dia meletakkan jawatan.
dwi-(menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar)dwi-dwibahasa, dwifungsi, dwiedaranMajalah itu diterbitkan dalamdwibahasa iaitu Tamil dan Inggeris.
eka-(menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-)eka-ekabahasa, ekakaum, ekafungsiPengunaan ekabahasa belum tentu menjamin perpaduan negara
pasca-(dirujuk kepada `selepas')pasca-pascasiswazahPengajian pascasiswazah merujuk kepada bidang-bidang sarjana dan kedoktoran.
pra-(menunjukkan makna `sebelum')pra-prasejarah, prakemerdekaanAhli arekologi itu menggali tulang-temulang manusia prasejarah.
swa-menunjukkan maksud `sendiri')swa-swalayan, swamodal, swakaryaPelanggan mengambil sendiri makanan di restoran swalayan itu.

Blog Yang Popular - Marilah Belajar

BAHASA MALAYSIA

BAHASA INGGERIS

SCIENCE

MATEMATIK

Kandungan E Learning Portal

kEMAHIRAN HIDUP

BAHASA CINA

PERDAGANGAN

Labels

BIOLOGI

FIZIK

KIMIA

SELAMAT BELAJAR

Kitaro Music